Sunday, October 12, 2008

Nasi Tomato Bonda

Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk membuat nasi tomato:
1.Tomato (dicincang dadu)
2.Tomato Puree (satu tin kecil)
3.Halia (dikisar halus)
4.Bawang Besar dipotong Dadu (2 Labu)
5.Minyak Masak
6.Marjerin
7.Rempah Tumis
8.8 pot Beras
9.Sedikit Daun Pandan.
10.Sedikit air
11.Garam
12.Serbuk Perasa

Bahan-Bahan untuk Membuat Ayam Masak Merah Madu:
1.Ayam yang telah digoreng.
2.Halia (dikisar)
3.Bawang Putih 1 Labu dan Bawang Merah 2 Labu dikisar bersama
4.2 camca besar Madu
5.Sos Tomato
6.Cili kering dikisar
7.Sedikit Minyak Masak
8.Bawang Besar,Cili Hijau dan Cili Merah (sekadar hiasan)
9.Garam
10.Serbuk Perasa
11.Gula
12.Air

Cara-Cara Memasak Nasi Tomato:
1.Panaskan sedikit minyak masak di campur dengan Marjerin.
2.Setelah panas,masukkan rempah tumis.
2.Selepas itu,masukkan pula halia dan bawang besar sehingga naik bau.
3.kemudian masukkan tomato yang dipotong dadu dan sedikit air bagi membolehkan tomato tadi sedikit hancur,garam dan sedikit serbuk perasa.
4.Masukkan pula tomato puree.
5.masak sampai pes untuk nasi tomato tadi sedikit hancur.
6.setelah pes tadi kelihatan hancur masukkan pula beras yang telah dicuci ke dalam pes tadi.
7.Masukkan pula air mengikut sukatan beras dan daun pandan.
8.Tunggu Nasi Tomato tadi sehingga masak.

Cara-Cara Memasak Ayam Masak Merah Madu:
1.Panaskan Minyak
2.Tumiskan bawang putih,bawang merah dan halia yang dikisar sehingga naik bau.
3.kemudian masukkan cili kisar.
4.kacau sampai kelihatan garing dan naik bau.
5.masukkan sos tomato dan madu,sedikit serbuk perasa,gula,garam dan air.
6.masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
7.gaul sehingga sebati.
8.Akhir sekali Bawang Besar,Cili Hijau dan Cili Merah untuk hiasan hidangan ayam masak merah madu tadi.

Boleh dihidangkan bersama-sama Rendang Daging, Kari Ayam, Acar Nenas dan lain-lain mengikut kesesuaian citarasa anda.
sumber: Zamzuhaili Azrin

1 comment:

zamzuhaili azrin said...

"Nasi Tomato Bonda" - is my mom recipe. tanx u 4 post to ur blog~