Sunday, August 2, 2009

STEAMBOT TOMYAM AYAM

Bahan-bahan
2 ekor kerangka ayam [potong kecil]500 gm ayam [potong kecil]3 biji tomato (dibelah 4)2 biji bawang besar (dihiris)2 batang serai (diketuk)8 biji cili padi (diketuk)1 ulas bawang putih (diketuk)1 sudu besar pes tomyam1 batang celery (potong kecil)3 helai daun limau purut (koyakkan)Air & garam secukupnyaSOS CILIBahan Mesin:10 tangkai cili kering1 s/b udang kering2 ulas bawang putih3 ulas bawang merah2 s/b oren sunquickBahan Tumis:minyakgulagaram
Cara Memasak
1. Masukkan semua bahan kecuali limau nipis dan daun ketumbar dan renehkan selama 1 jam.2. Masukkan dalam stembot pot dan rebuskan dengan chicken ball, fishball, sotong ball, prawnball dan juga apa-apa bahan yg disukai. SOS CILI:1. Mesinkan semua bahan dan tumiskan dengan sedikit minyak.2. Bila telah wangi masukkan gula dn garam.3. Kacau rata dan bila nampak agak pekat boleh angkat dan hidangkan.

Maklumat dibekalkan oleh Kak Liza pada 17 Aug 2007
JUS BERKHASIAT (bagus untuk pengidap darah tinggi) Ohya.. ingatkan dah abis dah cerita sedih.. rupanya ada sikit lagi.. tp yang ini bukanlah sedih sangat.. harap2 begitulah yer.. Gini ceritanya.. sebulan yg lepas.. hubby ada gi buat check up kat panel doctor dia sebab dia pening2.. katanya doktor kata darah dia naik Dah risau dah member.. tak taulah memang ada darah tinggi atau sebab dia tak cukup tidur kerana kerja shift malam.. tapi 2 minggu lepas tu.. dia pegi lagi jumpa doktor.. & ternyata blood pressure dia masih di tahap yg sama (border). Nak ikutkan.. ku takdelah masak masin2 sangat pun. Sebelum ni hubby rajin juga beriadah atau berjogging.. tp yelah.. kalau penyakit nak datang.. still takleh wat apa gak kan.. tp kalau boleh taknaklah sampai kena makan ubat darah tinggi lak kan.. so dengan nasihat doktor.. tiap2 pagi.. hubby amalkan minum jus berkhasiat ni sebelum sarapan pagi.. masa mula2 dia buat tu aku konon2 nak tumpang gak.. suruh dia buat extra 1 gelas lagi.. try gaklah minum tanpa henti.. tapi punyalah tak leh terima tekak ni.. hampir2 nak terjeluak.. hehehe.. (nasib baik tak jadi betul2.. tp bunyi dah keluar dah wek wek.. tp tak keluar balik la.. hehehe) tinggal seteguk jer lagi.. dah tak boleh nak teruskan dah.. tapi hubby bagus.. dia boleh minum selamba jer.. Inilah dia jus tu.. Untuk segelas ni.. campurannya ialah 1 biji epal hijau, sesuku biji peria biasa, 1 tangkai celeri, 1 sudu besar madu & juga air masak secukupnya... siapa berani try ?? JUS BERKHASIAT (bagus untuk pengidap darah tinggi)