Thursday, January 24, 2008

DAPUR CHEF SutRA1BLOG

Telur Dadar Ikan Bilis

Bahan-bahannya :-
2 biji telur
50gr ikan bilis
1 sudu bsr sos tiram
1 sudu bsr sos tomato
1 sudu bsr sos cili
secubit serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak utk menggoreng
sedikit daun sop & daun bawang

Cara Membuatnya :-
Pukul telur bersama ikan bilis, sos tiram, sos tomato, sos cili. Masukkan
garam dan serbuk kunyit and pukul sehingga kembang.
Goreng telur dan hidangkan dengan daun sup & daun bawang.

Panglima Salleh Selempang Merah

Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim dilahirkan di Tanjung Olak Panchur, Bukit Pasir, Muar, Johor pada tahun 1916. Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menuntut ilmu daipada beberapa orang guru termasuklah guru di kampung isterinya, Hajah Esah Haji Abdul Rashid, di Ara Pasung, Pontian, Johor.
Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan Al Quran), Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad. Ada yang mengatakan dia juga turut belajar daripada Sykeih Fadhil Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim.
Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Panglima Salleh merupakan seorang pahlawan Melayu yang bangkit menentang kekejaman komunis selepas Perang Dunia ke-II.
Kepimpinan Haji Mohd Salleh terserlah semasa kekalahan pihak Tentera Jepun di tangan pihak Tentera Berikat pada pertengahan bulan Ogos 1945. Di Semenanjung Tanah Melayu, peristiwa tersebut menimbulkan apa yang dinamakan tempoh ‘Kekosongan Kuasa’. Tempoh tersebut berlangsung selama dua minggu sehingga ketibaan Askar British yang menandakan permulaan Pentadbiran British Baru di Tanah Melayu.
Sebelum ketibaan pihak British, pihak komunis yang dikenali sebagai ‘Askar Bintang Tiga’ yang sebelum itu berjuang menentang Jepun di bawah payung Malayan Peoples Anti-Japanese Army atau MPAJA telah mengambil kesempatan untuk berkuasa dan bertindak kejam terhadap orang-orang yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Mereka tidak mengenal mangsa dan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap bersalah tanpa mengikuti proses undang-undang yang betul. Lazimnya mereka yang di dapati bersalah akan dikenakan hukuman mati.
Kekejaman Askar Bintang Tiga berleluasa di Tanah Melayu termasuk di kawasan Batu Pahat dan Muar di Johor. Masyarakat Melayu di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, yang pada ketika itu tidak mempunyai kelengkapan senjatapi untuk mempertahankan diri telah memilih Haji Mohd Salleh untuk memimpin pakatan untuk mempertahankan diri dari kekejaman Askar Bintang Tiga.
Dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan amalan Ayat Empat, Haji Mohd Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Air Kuning, Bakri, Muar. Pasukan pejuang di bawah pimpinan Haji Mohd Salleh terkenal dengan gelaran tentera parang panjang dan 'Selempang Merah iaitu sejenis kain selendang berwarna merah yang dibekalkan kepada setiap orang ketika menghadapi atau berhadapan dengan musuh.
Terdapat pelbagai kisah mengenai kehebatan ilmu kebatinan Haji Mohd Salleh dan pengkutnya mendakwa ramai Askar Bintang Tiga melihat beribu-ribu pejuang yang tinggi menggalah menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa mereka, sedangkan yang datang itu hanyalah Panglima Salleh dan pasukanya yang dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja.
Walau apa pun yang sebenarnya berlaku, yang jelas adalah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim berjaya menyekat kegiatan Askar Bintang Tiga pada masa itu secara berkesan sehinggalah pihak British kembali menjajah Tanah Melayu.
Kegagahan dan keberanian, Haji Mohd Salleh diiktiraf oleh Kebawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu. Sejak itu Haji Mohd Salleh mendapat gelaran Panglima.
Sebagai mengenang jasa Haji Mohd Salleh, DYMM Sultan Johor telah mengurniakan beliau Pingat Ibrahim Sultan (PIS)pada 17hb September 1955. Haji Mohd Salleh menghembuskan nafas yang terakhir kerana diserang penyakit radang paru-paru di Hospital Besar Johor Bahru pada 21hb April 1959.
Diperolehi daripada: wikipedia – sejarah melayu

daging burger lah pulak

sumber;
shw.fotopages.com

BURGER

daging lembu/ayamcincang
Bawang besar secukupnya - dicincang
Lada hitam - a must!
parmesan cheese - favourite saya
Garam - optional
Steak seasoning

**Satukan semua bahan dan gaul rata. Ambil sejemput daging, letak di tapak tangan dan bentukkan daging seperti bentuk burger. Buat tebal sikit, kalau nipis tak berapa juicy. Buat sampai habis daging tu, kemudian pangganglah atas grill pan. Tabur sedikit atas burger tu dengan steak seasoning jika suka masa memanggang tu. Nak buat meatball pun boleh guna cara ni. Bila dah masak, letakkan atas burger bun yang telah disapu mentega dan dipanggang sebentar atas non-stick pan. Saya tak suka makan dgn burger bun, makan camtu saja, ala-ala steak..

**Hidangkan dengan kentang goreng, sayur campur bermayonis dan sos.

**Cara nak buat sayur campur bermayonis ; sayur campur di rebus dgn sedikit garam. Bila dah masak toskan, masukkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan sesudu dua mayonis. Siap dihidangkan!

**Sos saya guna sos cili bermayonis. Sos cili dicampurkan dengan sedikit mayonis (kalau dapat mayonis jepun lagi sedap, yg ada gambar baby kat depan tu), gaul sampai sebati. Siap dihidangkan! Sos lada hitam pun sesuai jugak, nanti saya cari resepi!

sekian,
-zakiah-