Monday, March 17, 2008

Untuk Memohon Keselamatan Rumahtangga...

Ini satu petua yang boleh diamalkan oleh sekalian Muslimin & Muslimat untuk menjaga keselamatan rumahtangga, hartabenda dalam rumah serta keluarga masing-masing. Musim Hari Raya Puasa pun akan tiba tidak lama lagi, jadi sebelum meningglkan rumah masing-masing kosong untuk balik ke kampong cubalah amalkan petua berikut ini.

Manusia hanya boleh berusaha, akan tetapi Allah SWT jua yang akan menentukan segala-galanya.
Isi air ke dalam balang atau bekas air yang agak besar yang di isi dengan air bacaan Yaasiin (yang di uruskan sendiri atau apabila menghadiri bacaan Yaasiin secara berjemaah samada di masjid/surau/di majlis-majlis tahlil rakan-rakan).

Mulakan berjalan dari sebelah kanan ke kiri di hadapan (laman) rumah dengan melalui keliling pagar rumah sambil itu bacalah (dengan perlahan-lahan) surah Al Ikhlas, surah Al Falaq, kemudian surah An Naas, di ikuti pula dengan ayat Qursi (sehinggalah habis), kemudian di ikuti pula dengan bacaan Ayat #9 Surah Yaasiin, yang bermaksud: "Dan Kami adakan di hadapan mereka dan dibelakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat."

Sambil berjalan menatang balang air Yaasiin itu renjiskan air Yaasiin tadi (sedikit demi sedikit) di sekitar kawasan yang dilalui itu sehinggalah tamat berjalan di sekeliling kawasan laman di luar rumah. (Nota: Air Yaasiin itu janganlah pula di renjis ke dalam longkang yang mungkin berada di pinggir laman di luar rumah anda).

Untuk keselamatan bahagian dalam rumah pula mulakan dari pintu masuk utama depan rumah (yang pintu depannya perlu ditutup dulu) dan berjalanlah dari kanan ke kiri dari tingkat bawah dengan membawa air Yaasiin dalam balang yang sama sehinggalah ke dapur (bilik air dikecualikan, tutup saja pintu bilik air itu), naik ke tingkat atas hingga ke bilik-bilik tidur, kemudian turun semula ke tingkat bawah untuk menamatkan pusingan dari kanan ke kiri sehinggalah sampai ke pintu utama depan rumah sebagai penamatnya.

Sambil berjalan keliling itu renjislah air Yaasiin yang di bawa itu ke tepi dinding rumah atau bilik (kecuali semua bilik air) sambil membaca susunan ayat-ayat tersebut di atas tadi.

Sebaik-baik waktu untuk melakukan amalan ini ialah selepas menunaikan solat fardhu Maghrib di rumah, yakni sebelum masuk waktu solat Isya'. Lakukanlah amalan ini dengan ikhlas, khusyu' & tawadhu' seberapa kerap yang terdaya, sebulan sekali, tiga bulan sekali, enam bulan sekali atau sekurang-kurangnya pun satu tahun sekali. Insya Allah, hajat kita akan dikabulkan, dengan izin Allah SWT jua!

Disamping itu amalkan juga membaca Yaasiin pada malam-malam Jumaat sekurang-kurangnya sekali sebulan, dan niatkanlah untuk kesihatan dan keselamatan ahli keluarga serta keselamatan hartabenda masing-masing. Semoga Allah SWT akan memberkati amalan kita itu, Insya Allah!
Posted at 12:39 am by sutra1blog

Terapi garam didakwa sembuh kanser payu dara

Subject: FW: Terapi garam utk merawat kanser payudara

aku copy n paste..

*berita gembira utk saudari2 ku sekalian setiap penyakit insya allah ada ubatnya, kecuali mati.

Oleh BORHAN ABU SAMAH

KUCHING - Seorang pengamal perubatan sufi purba di sini mendakwa dapat merawat kanser payu dara dengan hanya menggunakan terapi garam. Othman Mohidin, 62, berkata, teknik perubatan menggunakan garam itu dipelajarinya pada tahun 1984 daripada seorang lelaki dan ia terbukti berjaya merawat pelbagai penyakit termasuk kanser payu dara.

``Saya pernah merawat pesakit kanser payu dara tahap keempat dan dengan izin Allah dia telah sembuh,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.Menurut Othman, dia terpanggil untuk mendedahkan teknik rawatan menggunakan garam itu sebagai menyahut cabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya mencari kaedah perubatan yang lebih murah bagi merawat pesakit kanser. Tambah Othman, dia juga bersedia untuk memberi tunjuk ajar secara percuma kepada pesakit terbabit dan mereka boleh mengamalkannya sendiri di rumah. ``Saya lebih menggalakkan ahli keluarga sendiri merawat pesakit, kerana kasih sayang yang dipamerkan ketika terapi dapat membantu pesakit,'' katanya. Menurut beliau, rawatan yang digunakan adalah mudah iaitu menggunakan garam sebanyak enam kilogram sehingga sembilan kilogram mengikut saiz badan pesakit.

Garam tersebut, katanya, dimasak di dalam belanga dan kemudiannya dibahagikan kepada tiga bungkusan. Jika enam kilogram garam digunakan, katanya, setiap bungkusan mengandungi dua kilogram. ``Satu bungkusan diletakkan di bahagian pinggang, satu di punggung dan satu lagi di dada (bagi pesakit kanser payu dara). ``Pesakit hanya perlu berbaring kira-kira dua jam dan rawatan itu perlu dilakukan setiap hari selama enam bulan,'' katanya.

Menurut Othman, dia bagaimanapun tidak dapat menghuraikan bagaimana garam dapat bertindak secara saintifik menyembuhkan pelbagai penyakit.Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran terutama universiti tempatan supaya melakukan kajian tentang kaedah rawatan tersebut dan diperluaskan kepada semua orang.

``Kalau boleh saya mahu amalan terapi garam ini menjadi amalan tradisi seperti amalan bertungku selepas bersalin dan berurut apabila terseliuh,'' katanya. Kos rawatan berkenaan juga, katanya, lebih rendah kerana pesakit hanya perlu membeli garam, kuali dan kain untuk membungkus garam.

Selain itu, ujar beliau, rawatan itu juga boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira fahaman agama, tetapi bagi yang beragama Islam mereka boleh membaca bismillah dan berselawat sebelum memulakan terapi. Pesakit dan ahli keluarga juga, katanya, boleh melakukan sembahyang hajat memohon kepada Allah seperti yang diajarkan dalam Islam. Orang ramai yang berminat untuk mempelajari rawatan itu boleh menghubungi melalui talian 082-448862.

pesanan semasa mendengar azan..

aku copy n paste untuk dikongi bersama ..amin

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah SWT akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal ! hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah SWT dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kal! imah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.

Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.
Posted at 10:50 am by sutra1blog

kuih bakar durian

Tuesday, 31-Jul-2007 12:05

ini..penyalit M melanda..lalu copy n paste je..ya ampoon...

Resepi ni saya dapat dari website myrecepy.com. Bila nengok bahan bahan nak buat semua ada apalagi terus jalan lah projek, CUma pewarna kuning ajer tak ada but the taste still there. Memang enak.Dan resepinya ialah:

Bahan-bahan ( 7 keping )

* 1800 ml santan (dari 1 1/2 biji kelapa parut)
* 6 biji telur
* 3 cawan tepung gandum
* 1 3/4 cawan gula pasir
* 180 gram isi durian
* secubit garam
* sedikit pewarna kuning
* secukup mentega SCS/ Golden Churn

Cara-cara:
1. Dengan menggunakan food processor/ blender, blender semua bahan-bahan diatas dan tuang
kedalam bekas yang besar. Ini yang paling mudah supaya adunan tidak bergentel. Kemudian gunakan senduk dan kacau adunan tepung supaya sebati.
2. Panaskan acuan kuih bakar/ loyang dalam oven dan bila telah panas keluarkan dan letakkan 1 sudu besar mentega dalam acuan Kuih Bakar dan jika gunakan loyang mentega lebihkan (ini yang buat tepi Kuih Bakar garing dan baunya harum. Jika guna acuan dan keluarkan kuih boleh terus letak mentega pusing-pusing sikit kasi cair (sebab acuan panas) dan boleh tuang adunan tepung.
3.Kemudian bakar pada suhu 200 darjah C selama 45 - 60 minit dan resipi diatas dapat menghasilkan 7 keping kuih bakar pecah 8.
4. Nota PENTING: Jika anda menggunakan loyang sila tambahkan 1/4 cawan tepung kepada resipi diatas, jika tidak kuih agak terlalu lembut untuk dipotong. Kalau guna acuan kuih bakar pecah 8 boleh gunakan resipi seperti diatas. Jika menggunakan loyang, selepas selesai bakar, hendaklah sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum keluarkannya dari loyang.

pernah try resepi nie...mmmg sedap....tapi kita tak delah guna durian....either guna pisang/pandan....sedap...rakan2 helwa yg lain try jgn tak try

salam...
Emma

Kuih Puteri Ayu

Sumber; Blog Princessharyati, tq Yat kongsi resepi....
Bahan-bahan;
270 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
240ml santan/ fresh milk
1 sudu besar jus pandan
3 biji telur
240gm gula
*Kelapa parut (muda) digaulkan garam dan 1 sudu besar tepung kanji
*kelapa muda ni saya guna decicated coconut-campurkan dgn sedikit air suam,kacau dan masukkan dlm microwave

Cara-caranya:
Telur dipukul bersama gula sehingga kembang. Masukkan santan, ovallate dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati. Panaskan periuk kukus dan sapukan sedikit minyak pada acuan. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat. Tuangkan adunan tepung tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.

NOTA: kuih ini boleh juga ditukarkan jus pandan / perwarna lain dengan pes coklat.

KUEH LAPIS KACANG HIJAU

rcp kak liza..

Bahan-bahan
Bahan A
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
garam

Bahan B
1/2 cawan kacang hijau yg telah direbus kembang
1/2 cawan air
pewarna hijau

Bahan C
1/2 cawan air
Cara Memasak
1. Gaukan semua bahan A sehingga sebati. Tapiskan. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam 1 bahagian dan kacau rata.
3. Campurkan bahan C dalam 1 bahagian lagi. Kacau rata.
4. Sapukan minyak pada loyang bulat atau empat segi berukuran 8 inci.
5. Tuangkan 1 senduk adunan B dalam loyang dan kukus selama 7 minit.
6. Lapiskan lagi 1 senduk adunan C diatas lapisan tadi dan kukus selama 7 minit lagi.
7. Ulang proses melapis sehingga adunan habis.
8. Bila telah masak sejukkan betul-betul baru potong dengan pisau pelastik.
(dibaca 1837 kali.)


Maklumat dibekalkan oleh Kak Liza pada 28 Aug 2007

KRIM PAF

N3 ini aku copy daripada Ruangan Soal Jawab Masakan Alaf21 oleh chef glamour Nor Zailina Nordin..Thanks..

Siap ngan soalan gitu..

Saya ingin bertanyakan beberapa soalan.
a) Saya telah mencuba membuat cream puff beberapa kali masalah yang saya hadapi ialah adunan cream puff tersebut menjadi terlalu cair dan keras apabila masak. Saya berharap puan dapat memberikan komen dan menyertakan sekali resepinya.
Jawapan: Cuba resepi di bawah, insyaAllah akan berjaya kerana ia tidak pernah memberikan masalah pada saya. Anda harus ingat, jangan sekali-kali membuka ketuhar semasa membakar krim paf. Kaedah "mengeluarkan stim" sebaik saja paf masak amatlah penting agar paf benar-benar ringan. Resepi ini menghasilkan 30 biji paf. Gunakan telur bersaiz besar.

KRIM PAF
65 g tepung gandum
secubit garam
50 g mentega
150 ml air
2 biji telur, dipukul sedikit


Ambil sehelai kertas kalis minyak, lipat dua. Ayak tepung dan garam ke atas kertas. Ketepikan. Jerang mentega dan air sambil dikacau hingga mentega cair. Gunakan periuk kaca atau heavy-based utk mendapatkan hasil yg memuaskan. Kuatkan api dan biar air tadi menggelegak selama 1 minit. Padamkan api, masukkan tepung tadi (sekaligus dgn memegang kertas kalis minyak di sebelah kiri) ke dalam periuk, sambil tangan kanan mengacaunya dengan kuat/laju. Bila adunan sebati dan tidak melekat pada periuk, ketepikan selama beberapa minit atau hingga anda boleh memegang keliling periuk dengan tangan anda (suam). Masukkan sedikit demi sedikit telur dan kacau hingga sebati dan adunan menjadi berkilat serta licin. Isikan ke dalam beg aising dan picit adunan (biar berjarak) di atas tin pembakar beralas kertas timah. Bakar pada 220 C selama 20-25 minit atau hingga kembang dan keperangan. Buka ketuhar, cucuk setiap paf dengan hujung pisau kemudian bakar semula selama 5 minit. Angkat dan biar sejuk atas redai.

Kek Lapis Cheese II

Kek Lapis Cheese

3 biji telur (putih dan kuning)
2 biji telur (kuning shj)
140 gm gula halus
1/2 sudu meja ovalette
(semua dipukul sampai betul2 pekat, angkat mixer, mixture tak jatuh)

125 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
(ayak - sebati)
50 gm air ais ( air sejuk dalam fridge)
(Tepung + baking powder gaul dalam mixture tadi diselangseli ngan air ais sampai habis)

200 gm butter (farmcows)
125 gm cream cheese Philadephia
(Butter pukul sampai warna jadik putih dan masukkan cream cheese, pukul sebati. Campurkan ngan mixture kat atas tadi)

Panaskan oven @180C (api atas bawah). Acuan 7x7, alas bawah ngan tracing paper. Tak perlu gris acuan. Letak 4 sudu meja (atau 3 sudu meja kalau nak lapis lebih nipis.). Ratakan. Bakar 10 min (api atas sahaja). Ulang sampai habis

Kek Span Hitam Manis

Bahan2nya:-

10 biji telur ayam
16 oz mentega
2 gelas gula halus
2 ¼ gelas tepung naik sendiri
1 tin sederhana kaya
1 botol kecil horlick
1 tin susu Nestle cream
3 botol gula hitam pekat
1 botol browning sugar cair
1 sudu teh vanilla

Cara2 membuatnya:-

1. Gula + mentega dipukul hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu.
Lepas tu, masukkan susu, kaya, horlick & vanilla. Gaul hingga sebati.

2. Finally, baru masukkan gula hitam & browning sugar.
Bila dah sebati kukus selama 4 jam.
Make sure acuan ditutup dgn aluminium foil.

Kek Lapis Cheese I

Bahan-bahan
12 biji telur ayam
2 sudu ovellete
360gm gula halus
160gm tepung gandum
750gm philadelpia cheese ( cream cheese)
8 sudu besar susu manis
2 tin nestle cream
1 sudu teh garam
1/2 buku cheedar cheese ( diparut - nie ikut suka nak berapa banyak)

Caranya

Pukul telur dan gula halus dan ovellate hingga kembang. Pukul cheese, susu manis , nestle cream dan garam dalam bekas lain. Kemudian campurkan ke dalam adunan telur tadi. Akhir sekali masukkan tepung. Bahagikan adunan tadi kepada 4 atau 3 bahagian ikut suka lapisan nak besar mana. Bakar lapisan pertama menggunakan api atas around 15-20min. Selepas itu, taburkan parutan cheedar cheese ke atas lapisan yang telah masak sebelum lapisan ke dua dituang keatasnya. Teruskan proses melapis sehingga habis.

Kek Marble Pisang

Sumber Kek Pisang oleh Umi Kal@Auntie, tq Auntie kongsi resepi...

Ingredient
150gm butter
1 cup caster sugar
2 eggs
1 cup mashed banana- anggaran 3-4 biji pisang
1 3/4 cups raising flour
vanilla essence
*2 tbs cocoa powder - sift
Method

Cream butter and sugar, add eggs one at a time,
beating well between each addition, beat in mashed
banana, sift flour and fold into the mixture, pour into
prepared tray and bake at 180deg until firm.
Nota;
*kalau nak jadi kek marble pisang, bahagikan adunan kpd 2. 1/2 adunan diletakkan serbuk koko dan 1/2 warna asal. Sendukkan selang seli dgn senduk kecil ke dlm loyang.

Kek lapis Asam Manis (Bakar)

Kek Lapis Asam Manis
10 biji merah telur
7 biji putih telur
3 sudu makan susu pekat manis
1 1/2 buku mentega
2 sudu besar esen vanilla
15 bungkus asam manis (spt duit syilling)
1 1/2 gelas gula caster
2 gelas tepung soda ( biskut soda di blend halus dan di ayak)
1 sudu besar quick 74 (ovallette)
Acuan segi empat bersaiz 8"x8"

1. Pukul putih telur hingga kembang
2. Pukul mentega dengan susu hingga putih
3. Pukul merah telur dengan gula hingga kembang
4. Masukkan esen vanilla dan ovalette
5. Gaulkan semua bahan-bahan di atas
6. Bahagikan kpd 3 bahagian - warnakan hijau, merah dan warna asal
7. Bakar selapis demi selapis berselang warna dengan api sebelah atas (grill) - suhu 150C . Apabila sampai ke warna asal, susunkan asam manis dan begitulah seterusnya hingga habis.
8. Setelah adunan habis, tukar api kepada pemanas atas bawah – bakar selama 10 minit.

KEK KUKUS LAPIS ASAM FLAKES (kukus)

Bahan-bahan
1 buku butter
10 biji telur (asing putih dan telur)
2 1/2 cawan gula castor/halus
1 cawan susu pekat manis
3 1/2 cawan tepung biskut cream cracker [mesin halus]
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
Pewarna (merah/hijau/kuning)
Asam / haw flakes

Cara membuatnya
1. Pukul putih telur dan gula sampai kembang, ketepikan.
2. Pukul kuning telur dan butter. masukkan susu pekat, esen dan baking powder dan tepung biskut soda.
3. Masukkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan yang kedua tadi, gaul hingga rata.
4. Bahagi kepada beberapa bahagian mengikut jumlah warna atau lapis yang dinginkan.
5. Kukus lapisan pertama, setelah masak kukus lapisan kedua dan susunkan asam manis/haw flakes di atasnya dan seterusnya hingga habis.

KEK KUKUS MASAM MANIS (kukus)

bahan:
8 biji telur
1 cawan butter
2 cawan biskut cream cracker ..dimesin halus (aku pakei biskut marrie)
3/4 tin susu pekat
1 s/t esen vanilla
hawflake

Cara:
1.Pukul putih telur sehingga kembang dan ringan.
2. Pukul butter dan susu sehingga kembang dan gebu. Masukkan kuning telur satu persatu. Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Masukkan putih telur dan gaul rata.
5. Tuangkan 1 cawan adunan dan kukus sehingga masak.
6. Lapiskan asam flake dan tuangkan lagi adunan.
7. Kukuskan lagi.
8. Ulangkan adunan begini sehingga habis.

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN LEMBAB

dari chetambizz.blogspot

Bahan-bahannya
1 tin (16oz) mentega Golden Churn
600 gram tepung gandum
400 gram campuran buah-buahan
2 cawan gula halus
6 biji telur
2 sudu teh bicarbonate of soda
2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
kertas kuih
aluminium foil

Untuk Gula Hangus
2 cawan gula
1/2 cawan air

Cara-caranya
1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.

2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.

3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.

4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.

5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.

6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masukkan 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Masukkan sedikit demi sedikit 1/2 cawan air dan kacau gula sehingga ia larut. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan spatula dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.

7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.

8. Alaskan kertas minyak didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu.