Saturday, October 4, 2008

Ku Pinta Redha MU

Dari Aisyah ra meriwayatkan: "Semasa sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan, Rasulullah saw mengikat kain sarungya seketat-ketatnya, berjaga setiap malam dan menggerakkan keluarganya [untuk beribadat]."

Ibn Abbas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: "Orang yang beriktikaf akan terbebas daripada dosa-dosanya dan sesungguhnya dia akan diberikan ganjaran yang sama sebagaimana mereka yang berbuat kebaikan.

Di akhir-akhir ramadhan ini, kita digalakkan kalau dapat, beriktikaf yakni memisahkan diri ke dalam masjid dengan niat iktikaf.

Menurut imam Hanafi, terdapat tiga jenis iktikaf; 'iktikaf wajib; 'iktikaf sunat; dan 'iktikaf nafil

wajibnya bila seseorang itu bernazar kepada Allah, jika disempurnakan sesuatu hajat, dia akan beriktikaf;
sunat kerana inilah amalan rasulullah saw yang biasa. yang beriktikaf selama sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadhan;
nafil yakni tidak ditetapkan masa-masa yang khusus ataupun beberapa hari yang tertentu. Seseorang itu boleh berniat iktikaf untuk beberapa hari, pada bila-bila masa, malahan untuk seumur hidupnya.

Walaupun imam Abu Hanifah menyatakan iktikaf mestilah tidak kurang dari satu hari penuh, namun imam muhammad menyatakan bahawa tidak ada masa yang dihadkan. Fatwa mengesahkan pendapat yang akhir ini. Dengan itu adalah mustahab bagi sesiapa yang memasuki masjid berniat iktikaf jangka masa yang ia akan berada di dalam masjid agar dia memperolehi juga pahala iktikaf ketika beribadat.

Jadi, cantiknya, jika kita masuk bersolat di masjid, eloklah berniat dengan niat iktikaf. Secara ini selagi kita bersolat, berzikir, mendengar kuliah atau khutbah, pahala iktikaf juga turut sama kita dapat.

Allamah ibn Qayyim menjelaskan iktikaf ini boleh mendekatkan kita dengan Allah. Ia seolah satu bentuk perhubungan rohaniah dengan Khaliq. Segala sesuatu yang berhubung kait dengan dunia terputus semata-mata untuk memperolehi perhatian Allah dan seluruh pemikiran, keinginan, cinta, dan pengabdian akan dipusatkan kepada Allah semata.

Menurut hadis; Allah berfirman;
"Barangsiapa menghampiriku sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta, dan sesiapa yang menghampiriKU dengna berjalan Aku menghampirinya dengan berlari"


Tempat yang terbaik untuk beriktikaf adalah di Masjidil Haram, kedua di Masjid Nabawi, ketiga di Baitul Maqdis. Kemudian diikuti oleh masjid jamek di bandar sendiri, setidak-tidaknya di masjid yang paling hampir dengan rumah. Masjid yang dimaksudkan, menurut Imam Abu Hanifah hendaklah yang hidup amalan solat lima kali sehari di dalamnya. Tetapi, imam abu yusuf dan imam muhammad bersetuju, mana-mana masjid yang menuruti syariah boleh lah melakukan iktikaf di dalamnya.

Iktikaf seperti di atas hanyalah untuk kaum lelaki, bagi wanita, iktikaf boleh lah dilakukan di dalam bilik solat mereka, jika tiada, bolehlah mana-mana bilik di dalam rumah mereka.

Menurut Abu Sa'id Al-Khudri, Rasulullah saw beriktikaf di dalam sebuah khemah [dalam masjid], pada sepuluh hari yang pertama bulan ramadhan. Kemudian dilanjutkan pada sepuluh hari yang pertengahan. Kemudian baginda pun menjeguk kepalanya keluar khemah sambil bersabda:


"Sesungguhnya tatkala mencari lailatul qadar daku beriktikaf pada sepuluh hari pertama dan menyambungnya ke sepuluh hari yang pertengahan untuk maksud yang sama. Kemudian aku diberitahu bahawa malam ini terdapat pada sepuluh hari yang terakhir. Maka mereka yang menyertaiku hendaklah terus beriktikaf. Sesungguhnya hampir sahaja daku ditunjukkan malam tersebut namun daku telah dilupakan malam yang mana satu. Dan sesungguhnya daku melihat diriku sujud kepada Allah dengan dahi di dalam lumpur pada pagi selepas daripada malam tersebut. Dengan ini carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam Ramadhan yang terakhir. Carilah pada malam-malam ganjil."


Abu Sa'id al-Khudri berkata: "Malam yang sama hujan pun turun. Atap masjid bocor dan daku lihat Rasulullah saw sedang sujud di dalam lumpur; dan kejadian itu berlaku pada pagi malam yang ke-21.

Dipetik dari buku "Fadhilat Ramadhan" tulisan Maulana Muhammad Zakariya Kandhahlawi

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌلَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ عَلِمَ

اللّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتانُونَأَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ فَالآنَ بَاشِرُوهُنَّوَابْتَغُواْ مَا كَتَبَ اللّهُ

لَكُمْ وَكُلُواْ وَاشْرَبُواْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُالْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّواْ

الصِّيَامَإِلَى الَّليْلِ وَلاَ تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِتِلْكَ حُدُودُ اللّهِ فَلاَ تَقْرَبُوهَا كَذَلِكَ

يُبَيِّنُ اللّهُ آيَاتِهِلِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ


Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa. (al-Baqarah:187)



aku copy and paste dr blog ini: CERITA PA'CHIK (ampun ya...)