Tuesday, September 16, 2008

Ayam Goreng Rangup Berempah

Ini adalah resepi yang I have tried and enjoyed.

1 ekor Ayam (dipotong mengikut suka)
Minyak untuk mengoreng (sila pastikan ayam tenggelam dalam minyak)
Garam, kunyit & sedikit gula digaul bersama ayam
2 biji Telur (digaul bersama ayam)
Tepung jagung (agak-agak, asalkan dapat menyaluti ayam)

Bahan-bahan yang ditumbuk
2 biji Bawang besar
3 biji Bawang putih
3 inci Halia
Cili kering direbus dan dikisar /cili boh (ikut suka asalkan nampak merah)
1 sudu besar Jintan manis
1 sudu besar Jintan putin
1 sudu besar Lada hitam

Cara-caranya
1. Bahan yang ditumbuk tadi digaul bersama ayam & diperap selama 3 jam.
2. Kemudian digoreng, apabila sudah masak sila taburkan daun kari
kedalam kuali.
3. Angkat sebelum Daun kari hangit.

AYAM Barbeque

rcp: puan norzailina

bahannya;
2 ekor ayam
2 labu bawang besar, dibelah 4

Bahan A
3 camt garam
2 camt serbuk cili
1 camt serbuk lada sulah
½ camt serbuk lada hitam
1 camt kicap cair
1 camt kicap manis
½ camt madu

Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Satukan semua bahan A denngan bahan kisar. Keringkan ayam dengan kitchen towel, sapukan bahagian luar dan dalam ayam dengan campuran bahan tadi. Isikan 1 labu bawang ke dalam perut setiap ekor ayam. Isikan ayam di dalam bekas bertutup atau beg plastik besar dan perap selama 4-6 jam atau semalaman di dalam peti sejuk. Letak ayam di dalam tin pembakar beralas kertas timah. Bakar pada 120 C selama 4-5 jam. Biar ayam selama 10 min sebelum disajikan