Sunday, October 12, 2008

burger

sumber: norzailina

10 g mentega
1 labu bawang besar, dicincang halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
300 g daging cincang
90 g serbuk roti
1 biji telur, dipukul sedikit
1 camb herba campuran (ikut suka)
2 camb minyak
garam, serbuk lada sulah secukupnya

Cairkan mentega, goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Angkat dan biar sejuk kemudian campurkan dengan semua bahan lain kecuali minyak. Bentukkan menjadi 6 burger, letak atas dulang dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 min. Panaskan minyak dalam kuali leper, goreng burger di kedua-dua belah hingga keperangan dan masak.

Nota: Pastikan minyak cukup panas (guna kuali non-stick sebaik-baiknya), kemudian perlahankan api sedikit dan letak daging burger. Biar ia cukup keperangan sebelum diterbalikkan, jangan kerap diubah kedudukannya di dalam kuali atau membalikkan sebelum ia cukup perang kerana ini boleh menyebabkan ia pecah.

Misalnya, bolehkah saya menambah tepong gandum atau jagung di dalam adunan agar adunan tidak terlalu lembik dan senang untuk dibentuk? Agar adunan burger mudah dibentuk, campurkan dengan serbuk roti dan sedikit saja tepung gandum atau tepung jagung. Jika mahukan burger tahan lama, open-freeze (dinginbekukan setiap sekeping atas kepingan kecil kertas kalis minyak yg diatur atas dulang), kemudian lapiskan setiap sekeping (tanpa membuang kertas tadi). Bungkus dan simpan di dalam freezer. Bila hendak digunakan, contohnya esok, malam ini keluarkan dari freezer dan letak di atas rak peti sejuk yg biasa.

No comments: