Thursday, November 20, 2008

VERY MOIST BANANA CAKE

sumber: rinnchan FP

Bahan-bahan :
250gm butter, Rinn guna majerin
2 cawan caster sugar, Rinn guna 1 cawan sahaja !! Itu pun dah cukup manis....
4 biji telur
1/2 camca teh garam halus
1 camca teh esen vanilla
4 sudu besar susu pekat, Rinn guna susu segar Dutch lady jer
3 cawan pisang lecek
2 cawan tepung, Rinn guna tepung kek NONA
1 camca teh soda bikabornat
1 camca teh baking powder
Walnut, macadamia, pecan nuts (Optional), Rinn bubuh walnuts

Cara-cara :
1. Putar majerin dan gula caster hingga kembang dan berkrim.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil teruskan putaran mixer.
3. Tambahkan susu, esen vanilla dan garam halus.
4. Perlahankan mixer. Masukkan pisang lecek.
5. Masukkan tepung hingga agak-agak sebati. Hentikan mixer.
6. Masukkan kacang-kacang pilihan yang telah dipotong kasar. Gaul rata dgn spatula.
7. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 50min hingga ke 60min.

PUDDING CARAMEL HO AH LIN (norzailina nordin lah tu..)

aku ambil dari blog che mat gebuuu..


Bahan-Bahannya:-
6 biji telur
80 g gula halus
25 g tepung kastard
15 g tepung jagung
410 ml susu cair
410 mk air
1 camca teh esen vanilla
80 g gula halus*
100 ml air*(*untuk karamel)

Cara membuatnya:-

Dalam satu bekas, pukul telur dan gula hingga larut, masukkan tepung jagung dan tepung kastard. Tuang susu cair, air dan esen vanilla. Gaul rata dan tapis adunan, ketepikan.
Masak gula dengan air sehingga menjadi karamel kuning keemasan. Tuang dalam acuan yang telah disapu dengan mentega. Ratakan. Tuang no. 1 dalam acuan dan kukus 35 - 40 minit