Sunday, October 12, 2008

Nasi Serai Serta Dengan Lauk Pauk

sumber ;- Roziyati
Nasi Serai

Bahan A
Beras Basmathi Dicuci & Direndam Sebentar Kemudian DiTOSKAN.

Bahan B
Bawang Merah, Bawang Putih, Halia DiKISAR (Blend lah tu)
Serai Di titik-titik.

Minyak Untuk Menumis

cara-caranya

Panaskan rice coooker. Tumis Bahan B . Masukkan Beras dan digaul rata
Tuangkan air masukkan garam dan akhirnya biarkan sehingga nasi itu masak.

------------------------------------------------------------------------
SAMBAL TUMIS UDANG
Lada, Bawang Merah, Bawang Putih, Belacan - BLEND kemudian tumis - masukkan garam kemudian sedikit gula .Bila lada dah garing masukkan udang last sekali masukkan air asam dan biarkan sehingga masak.

-----------------------------------------------------------------------------------
AYAM FIKA - Mami Asmah Laili
Bahan-Bahan
2 ekor ayam (buang kulit dan lemak, potong 10) – (boleh juga di
gantikan dengan 1½ kilo daging lembu atau kambing – dihiris ikut
suka hati)
1 cawan bawang besar kisar
1 sudu makan halia kisar
½ sudu makan bawang putih kisar

Tiga bahan berikut ini hendaklah disangai wangi dan kisar kering:-
3 sudu makan rata ketumbar biji
2 sudu makan jintan kasar
2 sudu makan jintan halus


15 batang lada merah
1 sudu teh garam masala
4 biji tomato (potong 4)
1 cawan daun pudina
1 cawan daun ketumbar
2 helai daun pandan (disimpul)
1 cawan tairu
10 biji badam (di kisar)
5 biji buah pelaga (di pecah-pecahkan)
5 kuntum bunga cengkih
1 jari kayu manis
1 tin kecil tomato puree
2 batang lada merah (belah jangan putus)
2 batang lada hijau (belah jangan putus)
4 cawan air
½ cawan minyak sayur
Sedikit garam

Cara Cara
1. Goreng lada merah dengan sedikit minyak selama 5 minit, kemudian kisar hingga halus. Satelah itu campurkan dengan rempah yang di kisar kering, serta garam masala.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis daun pandan hingga wangi. Masukkan buah pelaga, kayu manis dan bunga cengkih. Apabila naik aromanya, masukkan bawang kisar dan biarkan sehingga layu dan kekuningan .
3. Masukkan pula halia dan bawang putih kisar, masak lagi hingga wangi. Masukkan pula rempah cili, dan tumis selama 10 minit.
4. Biarkan sehingga rempahnya gareng, baru masukkan tomato, daun pudina, daun ketumbar, dan garam. Masak lagi sehingga naik aromanya.
5. Masukkan ayam dan gaul rata, supaya ayam dan rempah betul-betul sebati. Tuangkan secawan air dan masak lagi selama 5 minit Gaul rata, jika terlalu pekat tambah lagi airnya. Masukkan badam kisar, tairu dan tomato puree. Biarkan sehingga ayamnya empuk dan kuahnya pekat. Masukkan lada hijau dan lada merah.
6. Setelah ayamnya empuk, kecilkan api dan biarkan minyak nya naik. Matikan api. Perlahan-lahan senduk minyaknya dan buang.
7. Semasa menghidang taburkan sedikit hirisan daun ketumbar. Enak di makan dengan sebarang jenis roti atau nasi.
----------------------------------------------------------------------------------
AYAM SAMBAL SIAM - Petikan dari Buku Favourite Dishes from Tunku's Kitchen)
500gm ayam dipotong kecil
150 ml santan pekat
30 ml minyak masak
Kisar:
20 tangkai cili kering
6 biji bwg merah
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
Hiris nipis:
6 helai daun limau purut
3 btg serai
4 cm lengkuas
3 cm belacan dibakar & kisar (saya tumbuk je)
2 sudu makan kerisik
garam
gula

hiasan:
2 helai daun limau purut (hiris nipis)
2 ulas bwg putih (hiris nipis & goreng garing)

Cara :
1. Panaskan minyak, goreng seketika hirisan kunyit bersama halia, bwg merah & cili kisar. Masukkan serai, lengkuas
& belacan hingga naik bau. (Dlm senarai bahan2 kunyit dikisar, tapi kat cara-cara ni kunyit dihiris, jadi saya kisar je kunyit tu)
2. Masukkan ayam dan biarkan masak.
3. Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa.
4. Perlahankan api dan biarkan mendidih. Masukan pula daun limau purut.
5. Angkat dan hiaskan, sedia untuk dihidang.
(Dlm cara-cara ni takde pulak dimention bila nak masuk kerisik, jadi saya masukkan last sekali,
kacau2 5 minit kot pastu angkat).
-----------------------------------------------------------------------------------

No comments: