Wednesday, October 15, 2008

Kupang Serai (Lemon Grass Mussels)

Koleksi Resepi Dari Puan Puti Mazura
Masakan ni boleh disediakan dalam masa tak sampai setengah jam (dari awal mengupas bawang hingga menghidang). Ini resepi arwah nenek saya.

1. 1 mangkuk kupang segar yang telah direbus dan kupas kulit (boleh gantikan dengan udang, kepingan ayam atau telur ikan)
2. 6 batang serai, dimayang halus (pastikan buang bhg berdaun)
3. 3 ulas bawang putih
4. 5 ulas bawang merah
5. 10 biji cili padi (kurang /lebihkan ikut daya ketahanan)
6. 1 inci kunyit hidup
7. Suku cawan air asam jawa pekat
8. 1 cawan santan pekat
9. 1 sudu the garam
10. 1 sudu makan gula pasir
11. 3 sudu makan minyak untuk menumis
12. 2 helai daun kunyit, dihiris halus
13. 2 helai daun limau purut dihiris halus

Cara
1. Tumbuk bahan no. 3, 4, 5, 6 dan 9.
2. Pijarkan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk, goreng sehingga pecah minyak
3. Masukkan semua bahan lain kecuali gula dan daun kunyit.
4. Masak hingga agak kering, kacau selalu.
5. Masukkan gula dan daun kunyit, gaul rata sehingga daun layu.
6. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Moist Chocolate Cake

Resepi sumbangan Kak Ina..............

Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum
1 camca kecil baking powder
¾ cawan mentega (6 oz)
1 ½ camca kecil vanilla
1 camca air sejuk
½ cawan koko
½ camca teh Nescafe (rata)
3 biji telur
1 ½ cawan gula castor

Cara membuatnya:
1. Koko dan air dibancuh dan masukkan vanilla dan Nescafe. Kacau dan simpan dalam perti sejuk selama 10/15 minit.
2. Mentega dan gula dipukul hingga putih dan masukkan telur satu per satu. Masukkan tepung dan bancuhan no. 1.Kacau supaya tidak berketul.
3. Tuang dalan bekas 9x9 yang telah digris. Bakar selama 25/30 minit.
4. Setelah kek masak , salutkan dengan coklat masak yang telah dicairkan dengan mentega

Telur Bungkus

Koleksi Resepi Dari Puan Puti Mazura

BAHAN;
5 biji telur
200 gm daging lembu - direbus & dicincang (alternatively guna boneless
chicken meat - tak perlu rebus)
200 gm sayur campur (jagung, lobak merah dan kacang pis)
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 cm halia - dicincang
1 sudu besar rempah ikan/nampla sauce/oyster sauce
2 sudu besar sup tomato
Sedikit garam & gula
Kalau suka pedas, guna cili padi, cincang halus.

Cara:
Tumis bawang putih, dan halia hingga wangi kemudian masukkan bawang besar. Biarkan bawang besar layu dan masukkan rempah kari serta daging cincang. Kemudian tambahkan sup tomato, garam dan perasa. Akhir sekali masukkan sayuran campur (and cili padi, kalau gunakan). Biarkan sebentar hingga semuanya masak dan bolehlah diangkat. Pukul telur hingga kembang. Panaskan
kuali dan goreng seperti membuat telur dadar. Apabila telur setengah masak, letakkan intinya di tengah-tengah dan lipatkan telur supaya intinya tidak terkeluar. Ulangi langkah yang sama sehingga adunan telur habis. Kalau ada kuali yang sangat lebar, buat sekali sahaja.

NASI AYAM

Koleksi Resepi Dari Puan Puti Mazura
Kalau untuk Nasi Ayam Madu, tambahkan 4 camca besar madu dalam bahan perapan ayam, sebelum digoreng. Tapi hati-hati, api jangan terlalu besar, ayam cepat hangus because of the sucrose dalam madu tu ye...

BAHAN
1. 2 ekor ayam (quartered), kaki, leher dan giblets dibersihkan, potong kecil.
2. 8 cawan beras panjang, dibasuh dan toskan
3. 3 liter air (tambah kemudian jika perlu)
4. 2 labu bawang putih, ditumbuk (bahagi 5)
5. 10 ulas bawang merah, ditumbuk (bahagi 2)
6. 1 biji bawang besar, dimayang
7. 3 inci halia, ditumbuk (bahagi 3)
8. 10 biji buah pelaga (bahagi 2)
9. 1 bungkus rempah sup Adabi (make into paste)
10. 1½ cawan kicap manis
11. 1 cawan sos tiram
12. ½ cawan sos tomato
13. 1½ cawan sos cili
14. 1½ sudu makan cuka/ 3 sudu makan jus limau kasturi (bahagi 2)
15. 10 tangkai cili kering, direbus dan kisar
16. 5 biji cili merah, digoreng sebentar hingga pecah kulit dan ditumbuk
17. Minyak yang banyak untuk deep fry ayam dll.
18. Gula dan garam
19. 2 batang timun, dihiris bulat
20. 5 biji tomato, dihiris bulat
21. ½ pokok daun salad, disiat kecil.
22. Bawang goreng
23. Daun saderi dan daun bawang dimayang halus.

Cara
1. Pijarkan 2 sudu makan minyak
2. Tumiskan 1 bhg bawang putih, 1 bhg halia, 1 dan bawang besar
sehingga naik bau
3. Masukkan 1 bhg buah pelaga
4. Masukkan rempah sup dan biarkan sehingga pecah minyak
5. Masukkan air dan biarkan mendidih, masukkan garam dan gula (lebihkan masinnya sedikit)
6. Apabila mendidih masukkan ayam (jika tidak muat boleh masukkan 4 bhg dahulu dan biarkan selama 10 minit dan keluarkan, kemudian masukkan yang selebihnya). Ayam hendaklah dibiarkan didalam air mendidih selama 10 minit. Keluarkan dan toskan. (Bahagian ayam yang dipotong kecil i.e. kaki, leher, tidak perlu dikeluarkan).
7. Tambahkan air jika perlu dan didihkan sup selama 5 minit. Tutup api dan biarkan sejuk
8. Campurkan kicap, sos tiram dan sos cili dan perapkan ayam yang telah direbus selama satu jam

Untuk Nasi
9. Pijarkan 3 sudu minyak didalam kuali
10. Tumiskan 1 bhg. buah pelaga (yang dipecah-pecahkan), 1 bhg bawang putih, 1 bhg halia dan 1 bhg bawang merah hingga naik bau.
11. Masukkan gula dan garam secukup rasa
12. Masukkan beras dan goreng rata. (sehingga putih keseluruhannya). Ketepikan dan sejukkan

Back to the Ayam
13. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali yang dalam dan goreng ayam yang sudah diperap. Goreng sehingga garing, balikkan dan goreng sebelah lagi sehingga garing permukaannya. Angkat dan toskan minyak

Back to Nasi
14. Sementara itu, masukkan beras yang sudah digoreng dan disejukkan, ke dalam periuk nasi dan sukat air (gunakan stok ayam yang telah disejukkan, No. 7), anggaran 1 cawan beras: 1½ cawan stok. Sesuaikan air ikut suka. Masak seperti biasa.

15. Untuk membuat sos cilinya, pijarkan 2 sudu makan minyak goreng ayam tadi, tumiskan 1 bhg halia & 2 bhg bawang putih. Masukkan cili kering & cili merah dan goreng hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, 1 sudu cuka dan 1 cawan stok ayam, 2 sudu makan gula dan sedikit garam. Biarkan mendidih dan
renih sehingga pekat sedikit. Tutup api dan ketepikan.

16. Untuk menyediakan kuah kicapnya, pijarkan satu sudu makan minyak goreng ayam, masukkan campuran kicap lebihan perapan ayam (tambah kicap jika perlu) dan 1 cawan stok ayam, didihkan. Tutup api dan ketepikan.

17. Potong ayam yang telah digoreng kepada beberapa bhgn. kecil.
18. Panaskan lebihan stok ayam (tambah air, garam & gula jika perlu).

Untuk menghidang
1. Masukkan nasi ke dalam pinggan, taburkan bawang goreng & daun saderi & daun bawang
2. Susun daun salad, hirisan timun dan tomato di dalam side plate.
Susunkan satu bahagian ayam (yang telah dipotong) diatasnya. Curahkan dua sudu makan kuah kicap dan dua sudu makan sos cili keatas ayam
3. Masukkan sup ke dalam mangkuk sup dan taburkan bawang goreng & daun saderi & daun bawang
BON APPETIT!!

BUBUR LAMBUK PAHANG

Koleksi Resepi Dari Puan Puti Mazura

BAHAN;
1. 3 cawan beras hancur
2. 4 ekor ikan kembung besar (atau setengah ekor ikan tenggiri + 1 ekor ikan kembung
3. segenggam isi udang hidup
4. 1- 2 cawan santan cair
5. 10 ulas bawang merah kecil
6. 4 ulas bawang putih
7. 1 inci halia
8. 1 batang serai, dititik
9. 7 cawan air
10. Garam dan gula secukup rasa
11. 2 sudu the serbuk lada hitam
12. 3 keping asam gelugor
13. 1 inci halia (selain drpd no. 7), dititik
14. 1 inci lengkuas, dititik
15. 2 helai daun pandan, basuh dan simpulkan
16. 2 cawan pucuk paku perak (daun dan batang yang lembut shj), basuh dan toskan.

Cara
1. Rebus ikan & udang (dengan halia & lengkuas yang ditumbuk dan asam gelugor) sehingga sangat sangat lembut. Ketepikan.
2. Keluarkan asam, halia dan lengkuas dan mesin bersama ikan & udang (asingkan tulangnya, mesin tulang berasingan. Boleh juga tak gunakan tulang kalau takut tak halus). Air rebusan jangan dibuang.
3. Tumbuk bawang merah, halia, bawang putih dan lada hitam. Masukkan ke dalam ikan yang dikisar. Masukkan garam. Gaul rata dan perapkan selama 1 jam
4. Didihkan air rebusan, masukkan beras yang sudah dibasuh bersih.
Tambahkan air jika perlu
5. Bila beras sudah pecah, masukkan ikan + udang dan bahan perapan. Gaul rata.
6. Masukkan serai dan santan. Masak hingga menggelegak dengan api kecil. Kacau sekali sekala, jangan sampai pecah minyak.
7. Sesuaikan rasa garam dan lada hitamnya. Masukkan sedikit gula. Kacau rata. Didihkan
8. Akhir sekali masukkan sayur pucuk paku perak. Gaul sekali dan tutup api.
9. Hidangkan panas-panas. Kalau suka boleh tambahkan lobak asin
(chaipoh) yang dipotong halus, sambal cili cuka dan minyak bawang putih.

Acar Buah

Koleksi Resepi Dari Puan Puti Mazura

Ini untuk kawan-kawan, buat pecah selera masa bersahur bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan nanti ye..

1. 20 ulas bawang merah, belah 4
2. 10 ulas bawang putih, belah 4
3. 3 inci halia, hiris halus
4. 10 tangkai cili kering, direbus dan kisar
5. 1 cawan kurma - buang biji, direndam hingga lembut dan kisar (air jangan dibuang)
6. 1 cawan prune, potong 2 jika suka
7. 1 cawan kismis hitam (raisins)
8. 1 cawan sultanas
9. ½ cawan aprikot kering - dihiris
10. ½ cawan asam boi (jika suka)
11. ½ cawan buah pala (dihiris)
12. ½ peket serbuk kari daging Adabi
13. 1 batang kayu manis
14. 3 sudu makan cuka /air asam jawa
15. 1 cawan gula merah
16. sedikit garam
17. 3 sudu makan minyak masak
18. 1 cawan air

Cara membuat:
1. Panaskan periuk, didihkan secawan air dan masukkan cuka (atau air asam jawa), gula dan garam.
2. Bila mendidih, masukkan bawang merah. Ketepikan
3. Pijarkan minyak didalam periuk yang agak dalam. Api perlahan
4. Tumiskan halia, bawang putih dan kayu manis
5. Masukkan rempah kari & cili kering dan goreng sehingga agak garing
6. Masukkan kurma yang sudah dikisar. Gaul sebati.
7. Masukkan aprikot dan buah pala. Biar hingga lembut
8. Masukkan bawang yang sudah dijeruk bersama air jeruknya sekali
9. Masukkan buah-buahan lain dan gaul rata.
10. Sesuaikan rasa gula dan garamnya.

Note: Boleh juga gunakan buah-buah lain seperti limau jeruk, rambai dan jambu batu kering.

Air Asam

Koleksi Resepi Dari Puan Puti Mazura

(untuk dimakan dengan ikan bakar atau buat kuah untuk nasi pun
boleh...)
BAHANNYA;

1. 2 inci persegi belacan Melaka (dibakar hingga wangi)
2. 1½ - 2 cawan air asam jawa, sederhana pekat, (bancuh dengan air suam ye...)
3. 2 labu bawang merah - dimayang kasar
4. 5 biji cili merah, potong kasar
5. 10 biji cili padi (besar), dihiris halus
6. 3 sudu makan gula
7. Satu biji tomato merah
8. ½ - 1 sudu teh garam (bergantung pada kemasinan belacan)
9. 1 sudu makan kerisik

Cara-cara
1. Masukkan belacan, air asam jawa, belacan, cili merah, garam, tomato, kerisik dan gula dalam pengisar (blender) dan kisar sehingga semua hancur dan sebati.
2. Masukkan bawang (ramas-ramaskan sikit) dan cili padi. Gaul rata.
3. Masukkan dalam bekas bertutup dan ke dalam peti sejuk. Kacau sekali lagi dan hidangkan.

Ayam Goreng Rangup Berempah

Koleksi Resepi Dari Puan Puti Mazura
Ini ada resepi yang I have tried and enjoyed.


BAHANNYA;
1 ekor Ayam (dipotong mengikut suka)
Minyak untuk mengoreng (sila pastikan ayam tenggelam dalam minyak)
Garam, kunyit & sedikit gula digaul bersama ayam
2 biji Telur (digaul bersama ayam)
Tepung jagung (agak-agak, asalkan dapat menyaluti ayam)

Bahan-bahan yang ditumbuk
2 biji Bawang besar
3 biji Bawang putih
3 inci Halia
Cili kering direbus dan dikisar /cili boh (ikut suka asalkan nampak merah)
1 sudu besar Jintan manis
1 sudu besar Jintan putin
1 sudu besar Lada hitam

Cara-caranya
1. Bahan yang ditumbuk tadi digaul bersama ayam & diperap selama 3 jam.
2. Kemudian digoreng, apabila sudah masak sila taburkan daun kari
kedalam kuali.
3. Angkat sebelum Daun kari hangit.

Cara Masak Nasi Lemak Kukus

SUMBER: PUAN PUTI MAZURA

1. Rendamkan beras dalam santan cair selama 2 jam. Paras santan tu menutup beras je, tak membazir.
2. Alaskan pengukus dengan kain muslin, panaskan atas periuk kukusan yang sudah dididihkan airnya. Masukkan 2-3 helai daun pandan ke dalam air didihan.
3. Toskan beras, dan masukkan dalam pengukus, kukus sehingga setengah masak
4. Pijarkan minyak/butter dan tumiskan bawang kuning yang dihiris, halia yang dihiris, bawang putih yang dihiris, kayu manis dan sedikit garam, hingga bawang layu.
5. Masukkan santan pekat ke dalam tumisan dan gaul rata. tutup apinya.
6. Keluarkan nasi yang separa masak dan masukkan dalam santan, gaul rata.
Biarkan sebentar.
7. Masukkan nasi sekali lagi ke dalam pengukus dan kukuslah sehingga masak.

Insya Allah, jadi, tapi masya Allah, lecehnya...

NASI BERINGIN

sumber:PUAN PUTI MAZURA

NASI BERINGIN
(Resipi Muar)
1. 4 cawan beras panjang, dicuci bersih dan toskan
2. 6 cawan air rebusan daging (yang sudah disejukkan, please refer kat bawah untuk cara buat stok)*
3. 4 ulas bawang putih, ditumbuk
4. 2 ulas bawang merah, ditumbuk
5. 5 biji buah pelaga
6. 1 sudu teh cengkih
7. 1 sudu teh jintan manis
8. 2 bunga lawang
9. 1 inci kayu manis
10. ½ inci halia muda, ditumbuk
11. gula dan garam
12. 2 sudu makan minyak

Cara
1. Pijarkan minyak di dalam kuali besar
2. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, buah pelaga, cengkih, bunga lawang, kayu manis dan jintan manis sehingga naik bau
3. Masukkan beras dan gorengkan, kacau rata sentiasa, sehingga beras menjadi agak putih
4. Sejukkan beras tersebut
5. Masukkan beras yang sudah sejuk kedalam periuk nasi (bersama semua bahan tumis), sukat air rebusan daging, sesuaikan gula dan garam.
6. Masak seperti nasi biasa.
7. Hidangkan bersama lauk seperti sambal tumis udang, kari telur, kari ayam dan rendang daging.
* Penyediaan air rebusan daging
1. 1 kilo daging/tulang dengan sedikit daging & lemak (dipotong-potong)
2. 2 liter air
3. 1 inci halia, ditumbuk kasar
4. 2 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
5. 2 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
6. 1 inci kayu manis
7. 5 biji buah pelaga
8. 5 biji bunga lawang

Cara
Didihkan air di dalam periuk yang agak besar dan masukkan semua bahan-bahan lain. Biarkan mendidih. Rebus (api kecil) sekurang-kurangnya 3 jam Keluarkan daging/tulang dan tapiskan bahan lain.
Sejukkan stok daging tersebut. Daging yang dah rebus tu, bolehlah buat masak kicap ke, goreng berlada ke, untuk lauk nasi beringin.

Air Asam Tomato

SUMBER: MAAF TAK INGAT

Bahan-bahan

Cili merah, belacan dan garam di tumbuk/blender buat sambal belacan

Buah tomato dan bawang besar dihiris nipis2 dan di gaulkan dengan sambal belacan.

Masukkan cili sos dan gula (jika suka) dan sedikit air.

Boleh dimakan buat cicah daging yang direbus empuk dan di hiris nipis2 atau ayam goreng jugak.

Untuk semua Selamat Mencuba. Bila dah cuba tu ceritalah pengalaman perasaan orang2 yang dijamu tu. Resepi nasi tomato kat atas tu Omar dan kawan2 dia di Nashville dah cuba masak tanpa menggunakan paste tomato.

Lepas ni kita masak ayam golek pulak OK. Tunggu jangan tak tunggu..

Nasi Tomato

SUMBER:TAK INGAT
Bahan-bahan

Bahan untuk Nasi
5 cawan Beras wangi atau Basmathi ( kalau tak ada beras biasa pun boleh)
1 cawan susu cair (condense milk pun boleh tapi kena campur dgn air ½ cawan susu + ½ cawan air, nanti manis sangat nasi tu).
1 tin kecil pes tomato + air (jadikan 1 cawan air tomato, kalau untuk nasi minyak sahaja, tomato paste tak payah gunalan)
5 - 6 cawan air rebusan ayam atau daging (lebihkan air kalau beras yang jenis keras sikit, kurang kalau beras lembut)
Garam secukup rasa.

Bahan untuk menumis
2-3 ulas bawang merah di hiris nipis-nipis
2 ulas bawang putih juga diris nipis
1 inci halia dihiris halus
1 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
3 inci kulit kayu manis
3 sudu minyak sapi (ghee)
2 sudu margerin atau butter
1 sudu minyak masak biasa (minyak kelapa atau soya atau apa2 lah)
Daun pandan 2 helai kalau ada.

Bahan untuk hiasan
Kismis
Badam
Gajus
Bawang goreng
Hirisan daun bawang dan daun sadri, atau daun pudina/mint.

Cara memasak
Mula2 buat air rebusan ayam atau daging
Caranya.
Ayam/daging di basuh dan di potong
Rebus dengan air sehingga air mendidih. Masukkan sedikit garam.
Kandungan air mestilah cukup untuk nasi seperti di atas (kat bahan2 tu !)
Ambil air sahaja untuk nasi.

Kalau ayam yang digunakan, ayam boleh diperap dengan kicap dan sedikit gula atau madu. Kemudian di goreng jadikan ayam berkicap, sedap dimakan dgn sos.
Kalau daging sama jugalah, perap dengan kicap dan kemudian masak sampai daging empuk, masukkan gula sikit, ubi kentang yang dipotong nipis membulat. Masukkan daun bawang dan hirisan bawang besar.
Ini pun dah jadi resepi dalam resepi ni. Tak pe lah resepi bonus jadinye.


Cara nak masak nasi
1. Basuh beras dan toskan. Kalau nak guna rice cooker, masukkan beras yang telah ditoskan ke dalam rice cooker.
2. Panaskan minyak (yang tiga jenis tu) di dalam periuk lain.
3. Masukkan bahan-bahan tumisan (bawang merah, bawang putih, rempah2 etc.)
4. Kalau ada daun pandan masukkan sekali.
5. Bila bawang dah kuning, garing sikit, bau pun dah naik, masukkan air rebusan dan susu
6. Masukkan kan garam secukup rasa. Kalau air rebusan dah di tambah garam, kurangkan garam dalam nasi ni.
7. Kacau selalu, bila dah mendidih, angkat dari dapur dan masukkan ke dalam rice cooker yang berisi beras. Masak macam biasa masak nasi.
8. Bila nasi dah kering, kacau dan lihat samada lembut atau masih keras. Kalau agak keras atau nak lembutkan lagi, masukkan air rebusan atau air panas biasa ke dalam rice cooker dan tutup hingga masak.
9. Kalau tak pakai rice cooker, sampai kat step 7 di atas, masukkan beras yang ditoskan tadi ke dalam periuk. Kacau, rasa garamnya dan tutup. Api biar sederhana, nanti yang bawah akan hangit dan yang atas masih mentah.
10. Biarkan nasi kering. Kacau dan kecilkan api. Biar sampai nasi masak. Masukkan daun sadri atau mint ke dalam periuk kacau dan tutup. Nasi akan menjadi lebih harum.

Untuk hiasan
Hirisan badam dan gajus di goreng hingga kuning.
Kismis boleh digoreng atau tidak di goreng
Bawang merah di mayang nipis dan di goreng
Daun sadri dan daun bawang di hiris halus.
Bila nasi dah masak sempurna, sendukkan ke dalam pinggan dan taburkan bahan-bahan hiasan.

Dalca

Di kirim pada Ogos 15, 2003 17:24:37 Oleh webmaster


Bahan-bahannya:

300 gm daging
2 batang lobak merah
2 biji terung bulat
3 biji ubi kentang
100 gm kacang panjang
1 cawan kacang dal (Yang telah di rebus)
1 peket rempah kari daging
1 biji kelapa (ambi 4 cawan santan)
6 ulas bawang merah (di kisar)
4 ulas bawang putih (di kisar)
2 sudu besar cili kering yang telah di kisar
5 cm kulit kayu manis
3 cm halia
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Kunyit dan garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

1.Bersihkan daging dan potong kecil-kecil
2.Sayur-sayuran di potong mengikut selera anda
3.Panaskan minyak dan tumis cili kering,rempah kari daging,bawang merah,bawang putih,halia,kulit kayu manis,bunga cengkih dan buah pelaga.
4.Masukkan daging dan sedikit air.Biarkan kecit selama 15 minit.
5.Masukan pula kacang dal,santan,kunyit adn garam secukup rasa.
6.Akhir sekali masukan sayur-sayuran dan biarkan empuk.Angkat dan hidangkan.

Serunding Kelapa

Di kirim pada Ogos 15, 2003 17:28:51 Oleh webmaster


Bahan-bahannya:

1biji kelapa parut
200 gm daging cingang
5 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
3 cm lengkuas
3 batang serai (di hiris)
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu makan ketumbar
3/4 cawan air asam jawa
1/2 cawan minyak masak
2 sudu makan gula
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1.Kisar cili kering,bawang merah,bawang putih,kunyit hidup,lengkuas,serai,jintan manis,jintan putih dan ketumbar.
2.Kelapa di goreng sehingga kuning.
3.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis rempah yang di kisar tadi sehingga bangkit bau.
4.Masukan daging dan kacau rata hingga masak.
5.Masukkan air asam jawa,garam gula dan kelapa goreng.
6.Goreng sehingga kelapa kelihatan basah dan angkat.

Ayam Masak Merah


Di kirim pada Ogos 15, 2003 17:33:10 Oleh webmaster

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (di bersihkan dan di potong mengikut suka)
3 sudu besar cili kering (di kisar)
1 senduk tomato puri
1 senduk jus tomato
10 ulas bawang merah (di kisar)
6 ulas bawang putih (dikisar)
3 cm halia (dikisar)
2 batang serai di ketuk
2 biji bawang besar di potong nipis
Daun ketumbar,daun pudina,daun sup dann daun saderi (di kisar)
Gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1.Gaul ayam dengan garam dan kunyit kemudian di goreng.
2.Tumis cili kering,bawang merah,bawang putih,bawang besar,halia dan serai.Setelah naik bau,masukan tomato puri dan jus tomato.
3.Masukan empat jenis daun yang di kisar tadi.
4.Akhir sekali masukan ayam dan gaul rata.
5.Ketika hendak menghidang,taburkan dengan kacang pis.

Acar

Di kirim pada Ogos 15, 2003 17:41:09 Oleh webmaster


Bahan-bahannya:

1 ekor ikan bawal atau beberapa kerat ikan tenggiri
Sedikit serbuk kunyit dan garam
minyak kelapa seckupnya
4 sudu besar ketumbar
1 sudu kecik jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
15 tangkai cili kering
2 tangkai cili merah (belah dua)
2 cm halia
4 tangkai daun bawang
5 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar
2 sudu besar gula
1 cawan cuka
2 cm kunyit kering

Cara membuatnya:

1.Bersihkan ikan,gaul dengan garam dan kunyit,goreng hingga kuning
2.Kisar jintan putih,jinyan manis,ketumbar,cili kering dan kunyit.Kemudian masukan bawang putih serta daun bawang dan kisar lagi hingga halus.
3.Panaskan minyak dalam periuk.Tumis bahan kisar hingga wangi.
4.Tuangkan setengah cawan air dan masukan garam.Masak selama setengah jam.Masukan cuka,gula,bawang besar yang di belah-belah,cili merah dan ikan goreng.biarkan hingga mendidih dan bolehlah di hidangkan.

Pajeri mangga Berempah


Di kirim pada Ogos 15, 2003 18:49:59 Oleh webmaster


Bahan-bahannya:

2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
3 cm halia
Minyak untuk menumis
4 camca besar serbuk kari
2 camca teh gula
Garam secukupnya
2 biji mangga di buang kulit dan biar sebiji-sebiji

Cara membuatnya:

1.Hiris bawang merah,bawang putih dan halia.Kemudian tumis hingga garing.Masukan serbuk kari dan gula.
2.Kacau dan biar garing.Kemudian rasa garamnya.Masukan mangga.Biarkan mendidih barulah di angkat.

Ayam Madu Petaling

Di kirim pada Ogos 15, 2003 18:52:27 Oleh webmaster

Bahan-bahannya:

2 ketul peha ayam di bersihkan
Serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk mengoreng
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 cm halia
3 camca besar serbuk kari
1 camca besar madu

Cara membuatnya:

1.Perap peha ayam bersama serbuk kunyit dan garam.Goreng ayam hingga garing dan ketepikan.
2.Hiris bawang putih,bawang merah dan halia.Kemudian tumis hingga garing.Masukan serbuk kari,kacau sebati.
3.Masukan madu dan kacau lagi.Masukan ayam dan balik-balikkan.Hidang ketika panas.

Nasi Minyak Berkismis

Di kirim pada Ogos 15, 2003 18:58:07 Oleh webmaster

Bahan-bahannya:

3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
4 cm halia
4 camca besar minyak sapi
2 cawan beras basmathi,di bersih dan di sejat
21/2 cawan air
1 kiub stok ayam
Garam secukup rasa
3 camca besar susu cair
5 camca besar kismis

Cara membuatnya:

1.Hiris bawang merah,bawang putih dan halia.Kemudian tumis bersama minyak sapi.
2.Tuang kedalam beras yang di campur air dan kiub stok ayam.Rasa garamnya.
3.Masukan susu dan gaul sebati.Jerang di atas api sederhana.
4.Apabila masak,gaul bersama kismis.Hidang bersama kari ayam atau rendang.

Nasi Tomato

Di kirim pada Ogos 15, 2003 17:34:40 Oleh webmaster

Bahan-bahannya:

3 cawan beras basmati
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
10 ulas bawang merah (di kisar)
3 ulas bawang putih (di kisar)
3 cm halia (di kisar)
4 sudu makan tomato puri
1/2 cawan jus tomato
1 senduk minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 cm kulit kay manis
Sedikit daun pudina,ketumbar dan 2 biji cili hijau (di kisar)
Garam secukup rasa
kismis dan gajus untuk hiasan

Cara membuatnya:

1.Basuh beras dan toskan.Panaskan minyak sapi di dalam periuk.
2.Tumis bawang merah,bawang putih,halia,bunga cengkih,buah pelaga,kulit kayu manis,daun pudina,ketumbar dan cili hijau yang di kisar tadi.
3.Setelah naik bau,masukan air,susu cair,tomato puri,jus tomatodan garam secukup rasa.
4.Setelah mendidih masukan beras dan biarkan kering.
5.Semasa menghidang taburkan kismis dan gajus yang di goreng.

NASI AYAM HAILAM

SUMBER: NORZAILINA NORDIN

1 ekor ayam
2 cam halia, dititik
2 cam t garam
Sedikit minyak bijan
Air secukupnya (untuk mendidih dan mencelur)
1 labu bawang putih, dicincang
2 ulas bawang merah, dicincang
440 g beras wangi, dibersih & dituskan
1 helai daun pandan
2 cam b minyak

Sos untuk ayam (dicampur)
1 cam t gula
1 cam t minyak bijan
2 cam b kicap cair
200 ml air rebusan ayam

Sos untuk hidangan (dicampur)
100 g halia, dicincang
50 g bawang putih, dicincang
50 g bawang merah, dicincang
200 g lada merah, dicincang
5 biji limau kasturi, diperah airnya
sedikit gula dan garam
sedikit sos tomato

Cara membuatnya

1. Jerang air hingga dapat menutupi ayam. Bubuh halia dan garam.
Renehkan 10 minit.
2. Perlahankan api dan masukkan ayam. Masak selama 45 minit.
3. Angkat dan celupkan ayam ke dalam air sejuk selama 20 minit.
Angkat dan tuskan. Saoukan minyak bijan ke seluruh ayam.
Ketepikan. Jika suka, boleh dilumur sedikit kicap dan digoreng
hingga keemasan (ayam nasi hailam tak perlu digoreng).
4. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga
kuning. Masukkan beras dan kacau rata. Isikan ke dalam periuk
letrik, tambah air rebusan dan daun pandan. Biar hingga nasi
masak.
5. Potong ayam kepada beberapa ketulan. Tuangkan sos ke atas
ayam. Hidangan bersama nasi dan sos.

NASI BERIANI HUJAN PANAS

SUMBER: NORZAILINA NORDIN

1 kg. beras Basmathi (dibasuh & dituskan)
100 g. minyak sapi
4 cm kulit kayu manis }
4 biji buah pelaga } bahan menumis
3 kuntum bunga lawang }
3 helai daun pandan (disimpulkan)
1 labu bawang besar }
4 ulas bawang merah } bahan dikisar
3 ulas bawang putih }
2 cm halia }
50 g. rempah beriani
1.2 l. air
300 ml. susu cair
2 kiub stok daging (jika suka)
garam secukupnya
10 tangkai daun pudina
3-4 camB. air mawar
pewarna merah, oren & kuning
60 g. kismis } bahan
80 g. gajus bakar } hiasan

1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan menumis, daun pandan
dan bahan kisar. Kacau sampai wangi.
2. Masukkan rempah, gaul 2-3 minit.
3. Kemudian bubuh beras, kacau 3 minit lagi.
4. Masukkan pula air, susu, stok dan garam. Kacau sekali-sekala
hingga hampir kering, bubuh pula daun ketumbar.
5. Tutup dan biar masak selama 10-15 minit.
6. Titiskan air mawar dan pewarna, tutup periuk semula.
7. Gaulkan kismis dan gajus sebelum dihidangkan.

NASI MINYAK, AYAM MASAK MERAH, DAGING KURMA

SUMBER: NORZAILINA NORDIN

NASI MINYAK

1 kg. beras Basmathi (dibasuh & disejat)
250 g minyak sapi
2 helai daun pandan (disimpul)
1.55 l air
150 ml susu cair
garam secukupnya
80 g. gajus }
50 g. bawang goreng } bahan hiasan
100 g pis hijau }

Bahan Penumis:

5 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 buah pelaga

Bahan dikisar:

8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2.5 cm kunyit hidup
2.5 cm halia

1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan penumis dan bahan
kisar. Kacau hingga terbit bau.
2. Masukkan beras, gaul 2-3 minit.
3. Bubuh pula daun pandan, air, garam dan susu. Kacau
sekali-sekala hingga menggelegak.
4. Bila airnya kering, perlahan api dan tutup periuk. Biar ia masak. 5. Taburkan bahan hiasan semasa menghidangnya.

AYAM MASAK MERAH

1 ekor ayam (1.5 kg, dipotong 8)
Garam, serbuk lada hitam secukupnya
1 camb rempah kari } bahan perap
1 camt serbuk kunyit }
340 g tomato sos
2 labu bawang besar (dibelah 2 & dihiris)
Minyak untuk menggoreng terendam
Garam, gula secukupnya

Bahan Penumis:

5 cm kulit kayu manis
4 buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang

Bahan dikisar:

6 biji cili merah
4 biji cili hijau
20 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
4 cm halia muda
2 camt ketumbar }
1 camt jintan putih } disangai
cam t jintan manis }

1. Perap ayam, garam, lada hitam dan bahan perap selama 30 minit. 2. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
3. Keluarkan kecuali 3 camb minyak, bubuh bawang besar dan
bahan penumis, kacau 1-2 minit.
4. Masukkan bahan kisar, kacau hingga terbit minyak.
5. Bubuh pula sos tomato. Setelah sebati, masukkan ayam. Tutup
sebentar agar ayam masak. Bila kuah elok pekatnya, angkat dan
hidangkan.

DAGING KURMA 600 g daging batang pinang (dipotong dadu 3 cm)
3 camb minyak
3 camb rempah kurma
1 l santan (2 biji kelapa)
1 keping asam gelugur
400 g ubi kentang }
3 biji tomato } dibelah 4
2 labu bawang besar }
2 biji cili merah } dibelah 2, jangan putus
2 biji cili hijau }

Bahan Penumis:

5 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Bahan Kisar:

6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
4 biji buah keras

1. Panaskan minyak, masukkan bahan penumis. Kacau 1-2 minit.
2. Bubuh pula bahan kisar, kacau sampai wangi.
3. Masukkan rempah kurma dan sedikit air. Bila terbit bau, bubuh
pula daging dan kacau 3-4 minit atau hingga kering airnya.
4. Tuangkan santan dan asam gelugur. Kacau hingga menggelegak
dan daging separuh empuk.
5. Bubuh pula kentang, kacau sampai daging lembut.
6. Bubuh bahan baki dan biar mendidih semula sebelum diangkat.

NASI TOMATO

SUMBER: NORZAILINA

1 kg beras Basmathi, dibasuh & disejat
150 g minyak sapi/marjerin
2 bunga cengkih
1 bunga lawang
3 buah pelaga
5 cm kayu manis
1 labu bawang besar (dicincang)
150 ml. puri tomato
1.7 liter air (tambah 2-3 camb stok pekat ayam, jika suka)
garam secukup rasa
6 camb bawang goreng }
100 g hirisan badam bakar } untuk hiasan
80 g kismis/sultana }
Bahan dikisar:
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
1.5 cm. halia
1 Panaskan minyak sapi, tumis cengkih, lawang, pelaga dan kayu manis 1-2 minit.
2 Bubuh bahan kisar, kacau hingga wangi.
3 Masukkan puri tomato, kacau 2 minit. Bubuh beras dan gaul.
4 Kemudian bubuh air dan garam. Masak hingga kering airnya. Perlahankan api, tutup periuk.
5 Bila masak, taburkan bawang goreng, badam dan pis.
Baru2 ini saya ada belajar membuat Biskut Coklat Chip tetapi setelah semalaman di simpan di dalam botol kedap udara, biskut saya lemau/tidak rangup. Untuk pengetahuan puan saya menggunakan brown sugar yg kasar, (bukan soft brown sugar).
Ada kemungkinan brown sugar yg kasar tidak sesuai untuk resepi biskut itu. Kemungkinan juga anda tidak memukul mentega dan brown sugar itu hingga hancur gulanya. Adunan mentega-gula bila membuat Biskut Coklat Cip mesti dipukul lama, tidak seperti adunan biskut biasa, memadai dengan memukul hingga sebati sahaja. Saya cadangkan anda cuba buat sekali lagi menggunakan soft brown sugar dan pukul adunan hingga kembang baru dimasukkan bahan-bahan lain.
________________________________________

Nasi minyak

Nasi minyak ini menggunakan bahan-bahan seperti bawang besar, bawang putih, hali, daun pandan, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, susu segar dan tidak ketinggalan minyak sapi.

Bahan - bahan
700 gram beras
100 gram bawang besar dihiris
50 gram halia dihiris
50 gram bawang putih dihiris
30 gram daun pandan
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
200 gram minyak sapi
300 gram susu segar
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
1. Bersihkan beras dan toskan airnya.
2. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang besar, halia, bawang putih bersama kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan daun pandan.
3. Masukkan beras ke dalam periuk tumisan, kemudian masukkan air dan susu segar serta garam.
4. Tutup periuk tetapi hendaklah dikacau sekali sekali dengan api perlahan.
5. Selepas masak dan sedia untuk dihidangkan, taburkan kismis di atasnya.

Nasi Goreng Kerabu

Bahan-bahannya:-
2 mangkuk nasi putih
100 gm daging (dihiris)
50 ml susu cair
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
2 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 biji cili hijau (dihiris-hiris)
Sedikit kelapa parut
1 ekor ikan kembung
1 sudu besar minyak masak
Garam serta serbuk perasa
Sedikit kacang panjang (dipotong-potong)
Sedikit daun kunyit (dihiris)
Sedikit taugeh
Sedikit kobis (dihiris)

Cara:-
1. Ikan kembung direbus dan diambil isinya. Panaskan minyak, di dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih, dan lada hitam.
2. Tunggu hingga naik baunya dan masukkan daging, kacang panjang, daun kunyit, taugeh, kelapa parut, kobis, isi ikan kembung, garam, serbuk perasa, dan cili hijau.
3. Akhir sekali masukkan nasi dan susu cair tadi dan kacau hingga sama rata. Biarkan di atas dapur selama 5 minit dan teruskan mengacaunya hingga sebati.
4. Selepas itu bolehlah di angkat dan hiasinya dengan lobak merah dipotong bulat, cili hijau, cili merah, potongan kacang panjang, taburan bawang goreng dan daun bawang.

Nasi Goreng Pataya

Bahan-bahannya:-
2 mangkuk nasi putih
100 gm daging (dipotong kecil dan direbus)
1 ulas bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 cm halia (ditumbuk)
1 sudu besar cili boh
Sedikit lobak merah (dipotong dadu)
2 sudu kacang peas
Sedikit kicap
1 biji cili merah (dihiris)
2 biji telur (dipukul)
1 senduk minyak masak
garam dan serbuk perasa

Cara :-
1. Panaskan minyak di dalam kuali, selepas itu tumis bawang merah, bawang putih, garam, serbuk perasa dan halia. Biarkan sehingga naik baunya barulah dimasukkan cili boh dan dikacau selama 2 minit.
2. Selepas itu masukkan lobak merah, kacang peas, daging, kicap, cili merah dan akhir sekali masukkan nasi putih. Kacau hingga benar-benar sebati selama 3 minit barulah di angkat dan letakkan ke dalam mangkuk.
3. Bersihkan kuali dan panaskan minyak sekali lagi. Masukkan telur dan dadarkan (seperti kuih ketayap)
4. Biarkan permukaan telur itu garing sedikit, selepas itu masukkan nasi di tengah-tengah telur itu. Kemudian bungkus dengan telur itu.
Biarkan sebentar di atas dapur, barulah ianya diangkat dan masukkan ke dalam pinggan. Hiaskan dengan taburan bawang goreng, potongan mentimun dan letakkan sedikit tomato sos.

Nasi Goreng Cina

Bahan-bahannya:-
2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah (buang kulitnya)
1 cawan isi ayam (direbus dan disiat-siatkan)
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul)
5 biji cili merah (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 pokok daun bawang (dihiris)
garam ikut suka

Cara :-
1. Panaskan minyak dan tumis cili, kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas.
2. Biarkan selama 5 minit, kemudian masukkan telur sambil dikacau-kacau.
3. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang.
4. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang taburkan daun bawang.

Nasi Tomato

NASI TOMATO I
Bahan-bahannya:-
2 cawan beras (basuh dan toskan)
½ cawan minyak sapi
2 ulas bawang putih (dimayang)
½ cawan bawang merah (dimayang)
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
5 cm kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
2¼ cawan air
1 cawan sos tomato

Cara :-
1. Panaskan minyak sapi dan goreng bawang.
2. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga.
3. Masukkan beras, air dan garam biarkan mendidih.
4. Bila nasi hampir masak gaulkan tomato sos dan biarkan nasi tanak.
5. Hidangkan dengan potongan telur rebus, bawang goreng dan daun bawang.

NASI TOMATO II
Sekali sekala bila ingin menukar selera, boleh lah mencuba resipi Nasi Tomato yg ringkas dan sedap

Bahan-bahan
1. 2 senduk minyak sapi
2. 5 biji buah pelaga
3. 2 inci kayu manis
4. 5 biji bunga lawang
5. 1 sudu kecil jintan manis
6. 6 ulas bawang putih -tumbuk
7. 10 ulas bawang merah - dimayang halus
8. 1 biji bawang besar - dimayang halus
9. 1 inci halia -tumbuk
10. 1 tin susu cair
11. 1 tin tomato sup (atau 4 sudu makan tomato puri dibancuh dengan air)
12. carrot yang disagat, bawang goreng dan kacang peas- sekiranya suka
13. air (ikut sukatan biasa, kurangkan sedikit)
14. 4 cawan beras
15. garam & gula secukup rasa


Caranya
1. Panaskan minyak sapi
2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah & bawang besar beserta buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum
3. Masukkan air, tomato puree/sup dan susu cair, garam & gula, kacau rata
4. Seterusnya masukkan beras dan biarkan ia sehingga masak
5. Kalau suka boleh masukkan sedikit kacang peas, carrot dan bawang goreng

Nasi Dagang

Bahan-bahannya:-
1 kg beras (direndam semalaman)
300 gm beras pulut (direndam semalaman)
2½ cawan santan
1.2 cm halia (diracik)
10 ulas bawang merah (diracik)
3 ulas bawang putih (diracik)
1 sudu teh halba
Sedikit garam dan gula

Cara :-
1. Beras dan pulut ditoskan kemudian dikukus sampai masak.
2. Masak santan, gula dan garam hingga mendidih. Masukkan nasi serta bahan yang diracik dan halba.
3. Kacau rata-rata kemudian dikukus lagi sampai lembut dan berminyak.