Monday, March 17, 2008

Untuk Memohon Keselamatan Rumahtangga...

Ini satu petua yang boleh diamalkan oleh sekalian Muslimin & Muslimat untuk menjaga keselamatan rumahtangga, hartabenda dalam rumah serta keluarga masing-masing. Musim Hari Raya Puasa pun akan tiba tidak lama lagi, jadi sebelum meningglkan rumah masing-masing kosong untuk balik ke kampong cubalah amalkan petua berikut ini.

Manusia hanya boleh berusaha, akan tetapi Allah SWT jua yang akan menentukan segala-galanya.
Isi air ke dalam balang atau bekas air yang agak besar yang di isi dengan air bacaan Yaasiin (yang di uruskan sendiri atau apabila menghadiri bacaan Yaasiin secara berjemaah samada di masjid/surau/di majlis-majlis tahlil rakan-rakan).

Mulakan berjalan dari sebelah kanan ke kiri di hadapan (laman) rumah dengan melalui keliling pagar rumah sambil itu bacalah (dengan perlahan-lahan) surah Al Ikhlas, surah Al Falaq, kemudian surah An Naas, di ikuti pula dengan ayat Qursi (sehinggalah habis), kemudian di ikuti pula dengan bacaan Ayat #9 Surah Yaasiin, yang bermaksud: "Dan Kami adakan di hadapan mereka dan dibelakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat."

Sambil berjalan menatang balang air Yaasiin itu renjiskan air Yaasiin tadi (sedikit demi sedikit) di sekitar kawasan yang dilalui itu sehinggalah tamat berjalan di sekeliling kawasan laman di luar rumah. (Nota: Air Yaasiin itu janganlah pula di renjis ke dalam longkang yang mungkin berada di pinggir laman di luar rumah anda).

Untuk keselamatan bahagian dalam rumah pula mulakan dari pintu masuk utama depan rumah (yang pintu depannya perlu ditutup dulu) dan berjalanlah dari kanan ke kiri dari tingkat bawah dengan membawa air Yaasiin dalam balang yang sama sehinggalah ke dapur (bilik air dikecualikan, tutup saja pintu bilik air itu), naik ke tingkat atas hingga ke bilik-bilik tidur, kemudian turun semula ke tingkat bawah untuk menamatkan pusingan dari kanan ke kiri sehinggalah sampai ke pintu utama depan rumah sebagai penamatnya.

Sambil berjalan keliling itu renjislah air Yaasiin yang di bawa itu ke tepi dinding rumah atau bilik (kecuali semua bilik air) sambil membaca susunan ayat-ayat tersebut di atas tadi.

Sebaik-baik waktu untuk melakukan amalan ini ialah selepas menunaikan solat fardhu Maghrib di rumah, yakni sebelum masuk waktu solat Isya'. Lakukanlah amalan ini dengan ikhlas, khusyu' & tawadhu' seberapa kerap yang terdaya, sebulan sekali, tiga bulan sekali, enam bulan sekali atau sekurang-kurangnya pun satu tahun sekali. Insya Allah, hajat kita akan dikabulkan, dengan izin Allah SWT jua!

Disamping itu amalkan juga membaca Yaasiin pada malam-malam Jumaat sekurang-kurangnya sekali sebulan, dan niatkanlah untuk kesihatan dan keselamatan ahli keluarga serta keselamatan hartabenda masing-masing. Semoga Allah SWT akan memberkati amalan kita itu, Insya Allah!
Posted at 12:39 am by sutra1blog

No comments: