Monday, March 17, 2008

Terapi garam didakwa sembuh kanser payu dara

Subject: FW: Terapi garam utk merawat kanser payudara

aku copy n paste..

*berita gembira utk saudari2 ku sekalian setiap penyakit insya allah ada ubatnya, kecuali mati.

Oleh BORHAN ABU SAMAH

KUCHING - Seorang pengamal perubatan sufi purba di sini mendakwa dapat merawat kanser payu dara dengan hanya menggunakan terapi garam. Othman Mohidin, 62, berkata, teknik perubatan menggunakan garam itu dipelajarinya pada tahun 1984 daripada seorang lelaki dan ia terbukti berjaya merawat pelbagai penyakit termasuk kanser payu dara.

``Saya pernah merawat pesakit kanser payu dara tahap keempat dan dengan izin Allah dia telah sembuh,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.Menurut Othman, dia terpanggil untuk mendedahkan teknik rawatan menggunakan garam itu sebagai menyahut cabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya mencari kaedah perubatan yang lebih murah bagi merawat pesakit kanser. Tambah Othman, dia juga bersedia untuk memberi tunjuk ajar secara percuma kepada pesakit terbabit dan mereka boleh mengamalkannya sendiri di rumah. ``Saya lebih menggalakkan ahli keluarga sendiri merawat pesakit, kerana kasih sayang yang dipamerkan ketika terapi dapat membantu pesakit,'' katanya. Menurut beliau, rawatan yang digunakan adalah mudah iaitu menggunakan garam sebanyak enam kilogram sehingga sembilan kilogram mengikut saiz badan pesakit.

Garam tersebut, katanya, dimasak di dalam belanga dan kemudiannya dibahagikan kepada tiga bungkusan. Jika enam kilogram garam digunakan, katanya, setiap bungkusan mengandungi dua kilogram. ``Satu bungkusan diletakkan di bahagian pinggang, satu di punggung dan satu lagi di dada (bagi pesakit kanser payu dara). ``Pesakit hanya perlu berbaring kira-kira dua jam dan rawatan itu perlu dilakukan setiap hari selama enam bulan,'' katanya.

Menurut Othman, dia bagaimanapun tidak dapat menghuraikan bagaimana garam dapat bertindak secara saintifik menyembuhkan pelbagai penyakit.Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran terutama universiti tempatan supaya melakukan kajian tentang kaedah rawatan tersebut dan diperluaskan kepada semua orang.

``Kalau boleh saya mahu amalan terapi garam ini menjadi amalan tradisi seperti amalan bertungku selepas bersalin dan berurut apabila terseliuh,'' katanya. Kos rawatan berkenaan juga, katanya, lebih rendah kerana pesakit hanya perlu membeli garam, kuali dan kain untuk membungkus garam.

Selain itu, ujar beliau, rawatan itu juga boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira fahaman agama, tetapi bagi yang beragama Islam mereka boleh membaca bismillah dan berselawat sebelum memulakan terapi. Pesakit dan ahli keluarga juga, katanya, boleh melakukan sembahyang hajat memohon kepada Allah seperti yang diajarkan dalam Islam. Orang ramai yang berminat untuk mempelajari rawatan itu boleh menghubungi melalui talian 082-448862.

No comments: