Friday, March 14, 2008

Kangkung Goreng Belacan ,Nasi Dalam Buluh,Nasi Marjerin Enak....ikan 3 rasa, ikan stim 3 rasa,dan lagi..dan lagi..lagi...

sumber asal...
http://lifetimerovers.multiply.com/recipes
by bobby taicho May 10, '07 1:30 AM
for everyone

Category: Salads
Style: Other
Special Consideration: Vegetarian
Servings: With rice

Description:
Aku paling suka makan kangkung dari dulu lagi... Jadi meh share resipi ni

1.Kangkung Goreng Belacan
Ingredients:
600 gm kangkung, dibersihkan dan disejatkan
½ cawan minyak untuk menumis
Garam secukupnya
5 tangkai cili merah - digiling 6 ulas bawang putih - digiling
6 biji bawang merah - digiling
1 sm belacan - digiling
50 gm udang kering - digiling

Directions:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan giling hingga wangi. Kemudian masukkan kangkung dan garam. Kacau lagi hingga sebati. Apabila cukup masak baru angkat dan hidang
---------------------------------------------------------------------------------
2.Nasi Dalam Buluh
Aug 18, '06 12:15 AM
for everyone

Category: Other
Style: Other

Description:
Well, memandangkan aku dah bosan dengan resipi konvensional, ada baiknye aku bukak kelas backwood cooking lak. Kali ni, aku datang lagi dengan "nasi dalam buluh!!!"...bukan apa, kadang2 gi camping tu kan terasa malas nak bawak periuk, jadi leh la masak dalam buluh ni..

Ingredients:
- Beras
- Seruas buluh (boleh gak 100 ruas kalo korang kuat makan)
- Air
- Bara

Directions:
- Sebenarnya kalau nak mudah, buat je macam masak lemang. tak yah pikir panjang2.. tapi apa kata masak dengan cara yang lain lak
- Mula2, cuci dulu buluh yang nak digunakan tu. pastikan segala habuk2 dah takde.
- Lapik bahagian dalam buluh dengan daun pisang yang juga dah dibersihkan terlebih dahulu.
- Kadang2 bila survival, tak semestinya korang akan jumpa buluh lemang. jadi redha je la dengan ape jenis buluh yang ada...tapi bukan buluh pancing la ok
- Selepas tu, korang cuci la beras.
- Pastikan sukatan air sama dengan sukatan beras
- Kalo buluh korang tebal, pastikan masa korang nak masak, letakkan buluh tu dekat dengan api secara melintang ek, bukan menegak macam nak masak lemang.
- Kalo rasa buluh tu nipis, letak tinggi sket
- Berdasarkan pengalaman aku masa MK4A, nasi dalam buluh sangat sedap...enjoy your time!!

----------------------------------------------------------------------------------
3.Nasi Marjerin Enak....
Feb 14, '06 5:02 AM
for everyone
Category: Other
Style: Other
Special Consideration: Quick and Easy
Servings: Dengan lauk-pauk

Description:
Khas untuk orang2 yg suka nasi sedap dan tak melekat kat periuk....

Ingredients:
Beras (ikut brape pot korang nak masak)
Minyak masak (2 sudu teh)
Marjerin (secukup rasa - biasanya 2-3 senduk gak la)

Directions:
Korang masak nasi macam biasa, tapi campur la 2 sudu teh minyak masak tu sebelum korang start jerang nasi...

Ni akan menyebabkan nasi korang tak melekat dan takde la yg jadi kerak nasi.... so kadar boleh dimakan adalah maksimum...

Dah masak, korang masukkan marjerin dan gaulkan betul2... sampai nasi tu jadi agak kuning2 keseluruhannya....

Then try la rasa... memang sedap maa

-----------------------------------------------------------------------------------
4.ikan 3 rasa
http://kikin_78.familyoven.com/
Ask the Chef a Question Flip Through Similar Recipes


Prep: 10m Cook: 30m Servs: 2
Favourite my family in law...nyum nyum nyum
0

Ingredients
• 1 ekor ikan siakap/bawal hitam - dibersihkan
• 4 sudu makan tepung gandum
• 1 labu bawang besar - dihiris bulat
• 3 ulas bawang putih - dicincang
• 1 inci halia - dicincang
• 1 biji lada merah - dicincang
• 1 biji lada hijau - dicincang
• 3 sudu besar sos cili
• 3 sudu besar sos tomato
• 3 sudu besar sos tiram
• 1 sudu besar gula merah
• 2 sudu besar gula pasir
• sedikit air
• garam
• minyak
Instructions
1. Ikan yang telah dibersihkan hendaklah dilumur dengan tepung gandum dan goreng hingga masak. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak untuk menumis. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, lada merah dan lada hijau. Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit air. Setelah sebati masukkan gula merah, gula pasir dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih. Setelah itu tuangkan kuah yang telah masak ke atas ikan goreng tadi. Siap untuk dihidangkan. Whalla! enjoy!

----------------------------------------------------------------------------------
Ini ambik dari soaljawab masakan alaf21 by norzailina nordin..celebrity chef kita...

4.IKAN STIM TIGA RASA
Boleh beri saya resepi ikan siakap tiga rasa?
1 ekor ikan siakap (600 gm)
2 camca besar minyak
5 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih } dicincang halus
3 cm halia muda }
2 biji cili merah }
1/2 kuntum bunga kantan }
2 helai daun limau purut } dihiris halus
4-5 biji cili padi }
Garam secukupnya
Bahan sos:

2 camca besar pes cili
1 camca besar sos tomato
2 camca besar sos plam
2 camca besar gula
2 camca besar sos cili
1 camca besar jus limau nipis
1 camca teh kicap manis
100 ml air
Cara membuat:

1. Lumur ikan dengan garam, biar selama 10 minit.
2. Letak ikan di dalam pinggan yang dilengser sedikit minyak. Kukus hingga masak.
3. Panaskan minyak, tumis bahan cincang selama 1 minit.
4. Masukkan semua bahan sos, kacau rata.
5. Bila mendidih, masukkan bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
6. Masak hingga pekat sedikit kemudian tuangkan ke atas ikan.
________________________________________

5.MEMBAKAR KEK SUJI
Saya telah pun mencuba resepi kek suji yang puan paparkan tetapi kek saya menjadi agak kering dan malang sekali kerana pertama kali mencuba built-in oven (Fargo), kek saya agak hangus di permukaan.Hangus di permukaan mungkin kerana anda tidak set kepanasan untuk bawah saja.

Dan kalau boleh Puan berikan sekali setting oven yang betul untuk membakar kek ini.
Selalunya rendah dari suhu biasa, untuk kek suji 170 C sedangkan kek biasa 190-200 C.
________________________________________

6.KUIH TIRAM
Saya pernah membuat kueh tiram tetapi agak keras sikit bila dimakan.Macamana untuk melembutkannya? Apakah resepi yang terbaik untuk membuatnya?
375 g tepung gandum
1 camt garam
120-130 ml air
4 camb tepung ubi
2-3 camb minyak
200 g gula, dikisar halus
minyak utk menggoreng

Cara membuat:
1. Campur tepung dan garam.
2. Masukkan sedkit demi sedikit air dan uli menjadi doh lembut.
3. Tutup dengan tuala lembut. Biar 2 jam.
4. Satukan tepung ubi dengan minyak menjdi pes.
5. Ambil 1/4 doh, canai nipis 10x40cm.
6. Sapukan 1/4 campuran minyak kemudian gulung dari hujung.
7. Potong setebal 1 cm. Cani nipis setiap satu.
8. Goreng dalam minyak panas hingga keemasan.
9.Angkat, tuskan minyak dan salut dengan gula halus.
________________________________________

7.PENYIMPANAN DALAM PETI SEJUK
Saya ingin bertanya samada aising mentega boleh disimpan lama iaitu dalam 2 hingga 3 hari di dalam peti sejuk?

Boleh disimpan dalam peti sejuk hingga 5 hari. Bungkus dengan plastik, ikat dan bubuh dalam bekas kedap udara. Bila nak diguna, biar pada suhu bilik hingga lembut. Pukul semula hingga sebati.
Sesuaikah saya membuat mini cupcakes dengan menggunakan adunan(resipi) kek marble, setelah itu ditatariaskan bersama aising mentega? Sudah semestinya kek itu akan berasa manis, bukan?

Boleh, dan memang akan berasa sangat manis. Gunakan buttercream yang tidak
begitu manis.
Akhir sekali jika saya menggunakan ovalette, adakah kek dapat bertahan hingga ke hari ketiga walaupun disimpan di peti sejuk?

Jika kek disimpan dalam peti sejuk, boleh tahan hingga seminggu.
________________________________________


8.RESIPI WAFFLE

Saya amat gemar memakan waffle. Bagaimana cara untuk membuat waffle yang lembut dan sedap seperti yang dibeli di kedai? Untuk pengetahuan puan, saya pernah mencuba membuatnya tetapi waffle saya seperti tidak naik dan lembut. Saya harap puan memberikan tip serta resepinya kepada saya.

WAFFLE
1 ¾ c tepung gandum
3 camb serbuk penaik
½ camt garam
1 ½ c susu segar
2 biji kuning telur
2 camb mentega, dicairkan & biar sejuk
2 biji putih telur, dipukul kental
(pastikan bila terbalikkan mangkuk, ia tidak mengalir)
Cara membuat:

1. Ayak 3 bahan pertama.
2. Campurkan susu, kuning telur dan mentega dlm mangkuk kecil.
3. Masukkan ke dalam bahan kering sambil dipukul sebati.
4. Bubuh putih telur perlahan-lahan hingga rata.
5. Lengser acuan waffle dan masak seperti biasa.
________________________________________

9.KEK LOBAK MERAH

Bagaimana hendak membuat kek lobak merah?
185 g mentega
90 g gula perang
60 g gula kastor
4 biji kuning telur
50 g walnut cincang
190 g tepung gandum }
1 camt serbuk penaik } ayak
½ camt soda penaik }
1 camt parutan kulit oren
45 ml jus oren
1 camt vanila
150 g lobak merah, diparut halus (buang airnya)
4 biji putih telur
20 g gula kastor

Cara membuat:
1. Pukul mentega, gula perang dan gula kastor hingga kembang.
2. Masukkan sebiji demi sebiji kuning telur, pukul sebati.
3. Campurkan walnut dan bahan ayak, kacau perlahan.
4. Masukkan pula kulit, jus oren, vanila dan lobak. Kacau rata.
5. Dalam mangkuk bersih, pukul putih telur dan gula kastor hingga kental.
6. Kacau perlahan-lahan ke dalam adunan kek.
7. Tuangkan ke dalam tin 22 cm yg dialas kertas kalis minyak dan dilengser marjerin.
8. Bakar pada 175 C selama 1 jam atau hingga masak.
________________________________________


10.JENIS-JENIS TOPPING

Saya ingin tahu apakah bezanya coklat topping, aising coklat, coklat glaze dan juga coklat ganache. Saya selalu juga membuat kek coklat tapi tidak tahu yang manakah sesuai untuk membuat toppingnya.Diharap puan dapat membantu.

Pilihan topping bergantung pada citarasa sendiri. Nama topping kadangkala mengelirukan kerana bergantung pada chef yg menciptanya.

Chocolate Topping - semua jenis topping termasuk dlm kategori ini
Chocolate Icing - selalunya mencampurkan coklat cair dengan butter icing
Chocolate Glaze - untuk bahagian atas dan tepi kek, agak cair masa dituangkan, kemudian akan set setelah beberapa lama
Chocolate Ganache - menggunakan krim putar sebagai salah satu bahan penting.

Paling sedap antara semua jenis chocolate topping. Boleh mengisi di antara lapisan kek. Dibiarkan sebentar dlm peti sejuk kemudian boleh dipicit bentuk bunga dll di atas kek.
________________________________________

No comments: