Friday, March 14, 2008

3 jenis resepi kek coklat

Semasa berkunjung ke blog sahabat-sahabat..aku terjumpa resepi kek coklat..aku copy n paste je kat sini..kepada tuan punya rcp(tak ingat rcp saperr)..ya ampoooon...

1.Kek Coklat

Bahan2nya :
230gm Superfine floor
300gm gula castor
225gm mentega
225ml air sejuk
35gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh Nescafe
1/4 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji telur

Cara2nya :

Ayak tepung, serbuk koko baking powder, bicarbonate of soda, garam dan Nescafe.

Pukul mentega, gula dan esen vanilla hingga putih. Masukkan kuning telur.

Masukkan tepung berselang-seli dengan air.

Pukul putih telur di dalam bekas yang berasingan hingga putih kembang dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.

Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris. Bakar pada suhu 180' selama 30 minit atau sehingga masak.

Bahan2 untuk topping :
35gm serbuk koko
200gm gula caster
1 sudu teh esen vanilla
50gm tepung jagung
225ml susu
175ml air
1/2 sudu teh garam
2 biji kuning telur
100gm mentega
1 sudu teh nescafe

Cara2nya :
Campurkan semua bahan kecuali mentega. Masak dengan double boil dan kemudian barulah dimasukkan mentega. Tuangkan dan penuhkan keseluruhannya ke atas kek.

cara lain untuk topping : wipping cream + coklat masakan + butter...Masak wipping cream sampai mendidih kemudian baru masuk coklat masak diikuti butter...
------------------------------------------------------------------------------------

2.Chocolate Sour Cream Cake


Bahan-bahannya
1 3/4 cawan all purpose flour
1 3/4 cawan gula castor
3/4 cawan Hershey's cocoa powder
1 1/2 teaspoon baking soda
1 sudu tea baking powder
1 teaspoon garam
2/3 cawan butter,
16 ozs dairy sour cream
2 biji telor
1 teaspoon vanilla essence
Fudge frosting untuk hiasan (resipi dibawah)

Peraturannya:
Panaskan oven, sediakan loyang 13 x 9 x 2 inch.
Ayak tepung, dan satukan dengan coco powder, baking soda, baking powder dan garam.
Pukul butter dan gula hingga putih dan kembang masukkan telur dan pukul lagi, kemudian masukkan sour cream dan esen vanilla kacau hingga sebati dan gaul dengan bahan-bahan kering. Tuang adunan di loyang dan bakar hingga masak selama 40 min - 1 jam. Biarkan kek sejuk dahulu baru dihiaskan kek dengan fudge frosting.

Fudge Frosting:
3 sudu makan butter
1/3 cawan Hershey Coco powder
1 1/3 cawan gula powder
2 - 3 sudu makan susu
1/2 sudu teh vanilla

Cairkan butter di atas api yang perlahan, masukkan coco dan kacau terus hingga mendidih dan angkat. Tuangkan adunan ke dalam mangkok dan biarkan sejuk. Setelah sejuk masukkan gula powder berselang seli dengan susu dan pukul hingga lembut dan masukkan vanilla. Menghasilkan satu cawan frosting

-------------------------------------------------------------------------------------
3. RICH CHOCOLATE MOIST CAKE

6 oz butter (170.1gm)
14 oz gula castor (396.9 gm)
3 biji telur ayam

BAHAN2 INI DIBANCUH BERSAMA:
1 sudu teh NESCAFE
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate EMULCO


BAHAN2 INI DI AYAK BERSAMA:
8 oz tepung HIGH PROTEIN (226 gm)
2 1/4 oz serbuk koko (63.8 gm)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder

7 oz air sejuk - air dlm peti ais


CARA MEMBUATNYA:
1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
5. Masukkan air sejuk sambil di gaul perlahan2.
6. Bakar dalam loyang 9" persegi dengan suhu 170C selama 50-60 minit.

UNTUK LEBIH MOIST - SILA KUKUS SAHAJA DAN TUTUP LOYANG DENGAN FOIL

BAHAN2 ICING:
1 tin susu pekat
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam

CARA MEMBUAT ICING:
1. Campurkan susu, koko dan minyak.
2. Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat.
3. Masukkan garam dan vanila.
4. Tuangkan ke atas kek rata2

No comments: