Thursday, July 10, 2008

Kisah disebalik penderaan Adik Nor Adilla Syikin

Bahan Umum Dihantar Oleh : kole

"Assalamualaikum saudara pengarang.Saya mengharapkan agar saudara dapat
menyiarkan cerita ini dalam laman web saudara kerana ianya melibatkan
kepentingan agama Islam kita.Saya agak kurang yakin sekiranya saya
menghantarkan surat ini kepada akhbar-akhbar perdana, mereka akan
menyiarkannya.

Banjir di Perlis baru-baru ini bukan sahaja telah menenggelamkan harta benda dan tanaman tetapi juga cerita tentang penderaan keatas Adik Nor Adilla

Syikin Abdul Halim.Semasa ianya hangat diperkatakan orang, adakah semua
sedar kenapa ia berlaku? Benarkah dia didera semata-mata kerana dia
gagal menjawab soalan tuisyen yang diberikan oleh "guru"nya? Atau adakah
sesuatu yang lebih dahsyat yang tidak terfikir oleh anda semua?

Cerita sebenar ini telah saya ambil daripada ahli keluarga saudara Abdul Halim sendiri yang menyatakan bahawa terdapat tanda-tanda "guru" itu sebenarnya ingin meng"kristia n"kan anaknya.Dengan lakonan wajah yang manis "guru" itu, dia selalu akan membuat tempahan makanan daripada kedai Islam untuk memastikan kononnya dia mengambil berat dengan pemakanan Adik Nor Adilla.

Kadang kala menurut sumber itu lagi, "guru" itu akan membeli bahan mentah dan meminta agar ibu Nor Adilla untuk memasak.Jadi apa perasaan anda jika seseorang menunjukkan keperihatinan yang sebegitu kepada anak anda? Sudahlah dia membantu dalam pelajaran, dijaga pula makan dan minum anak itu supaya tidak termakan makanan yang tidak halal.Pastinya kita semua akan menaruh kepercayaan kepada dia.

Sebenarnya menurut sumber itu lagi "guru" tersebut telah lama mencuba untuk memasukkan jarum kristianisasinya kepada Adik Nor Adilla.Alhamdulillah ianya gagal sehinggalah kepada hari kejadian.Barangkali dia sudah tidak tahan

kerana kegagalannya untuk menghasut Adik Nor Adilla maka diapun mengambil tindakan "gila" itu.

Manakala Adik Nor Adilla pula tidak sedar akan perkara itu kerana dia memang tidak mengerti apa-apa.Kalau dia dimarahpun sebelum itu ialah kerana
dia menganggap itu adalah kerana kesalahan yang dia lakukan.

Menurut sumber itu lagi "guru" itu telah mengajar dia bahawa tuhan Islam dengan tuhan kristian itu sama sahaja."Guru" itu juga cuba menyembunyikan kecederaan yang dialami oleh Nor Adilla selepas dia menderanya dengan
memberitahu ayahnya bahawa Nor Adilla ingin menumpang tidur di rumahnya
buat beberapa hari lagi.

Syukur sekali lagi kepada Allah yang telah membongkarkan kejadian ini
dengan memberikan akal kepada Adik Nor Adilla untuk lari menyelamatkan
dirinya.

Saudara pengarang, saya tidak mereka mahupun memperbesar-besarkan
secara semberono cerita ini kerana menurut sumber itu lagi perkara di atas itu

semuanya telah dikhabarkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Shahidan
Kassim oleh Adik Nor Adilla sendiri secara berhadapan di wad kanak-kanak itu
ketika lawatan beliau pada sehari selepas kejadian.Disaksikan oleh ayah dan
ibunya.

Saya tidak pandai dengan psikologi kanak-kanak tetapi yang saya tahu kanak-kanak yang berusia sembilan tahun biasanya tidak pandai lagi hendak menipu.Apatah lagi berkenaan perkara agama.Wallahua'lam perbetulkan
saya sekiranya silap.

Saya memang sudah menjangkakan yang Shahidan tidak akan mengeluarkan
kenyataan tentang konflik agama itu sebaliknya yang hanya disentuhnya
ialah berkenaan pusat tuisyen yang sepatutnya berdaftar dengan kementerian
pelajaran kerana menurut sumber itu, Shahidan telah berpesan kepada
saudara Abdul Halim supaya merahsiakan perkara tersebut.

Tetapi saya sangat berharap agar Datuk Seri Shahidan Kassim akan
mengusahakan sesuatu supaya ianya tidak berulan g lagi dimasa hadapan
apatah lagi Perlis ini terkenal dengan ajaran Sunnahnya yang menjadikan amalan rasulullah sebagai amalan utama tanpa adanya unsur-unsur bidaah.Dan
saya sangat yakin bahawa adalah menjadi bidaah yang amat besar sekiranya
membiarkan sahaja usaha-usaha untuk memurtadkan ummat Islam tanpa
tentangan apatah lagi kita mempunyai kuasa sebagai pemerintah.

Saya tidak rela keturunan saya dimurtadkan begitu sahaja.Relakah anda
semua?

Kiriman :
Penduduk Taman Kemajuan

No comments: