Sunday, December 27, 2009

Faedah Berbekam

1.Membuang keracunan dalam badan yang menyebabkan mudah mendapat penyakit disebabkan terlalu banyak makan ubat-ubatan (bahan kimia)
2.Memulihkan saraf dalam tubuh manusia
3.Melancarkan system badan supaya berfungsi dengan baik
4.Melancarkan pengaliran oksigen keseluruh tubuh bagi membolehkan badan kembali sihat.
5.Menambah dan menguatkan daya tahan badan (system imun) supaya dapat mencegah penyakit.

Jenis-jenis Penyakit yang Boleh di Rawat

Asma
Darah Tinggi
Diabetes
Lemah Jantung
Stroke
Migrain / Sakit Kepala / Pitam
Demam / Batuk / Selesema
Resdung / Jerawat Batu
Kencing tidak Lawas
Gaut / Bisa-bisa Sendi / Tulang
Sakit pinggang /Belakang
Lepas Bersalin
Obesiti
Lemah Tenaga Batin
Senggugut / Haid tidak teratur
Sakit Buah Pinggang
Sembelit / Buasir
Gastrik
Sakit Perut / Angin
Kanser
Penyakit Kronik
Sihir / Jin / Syaitan / Saka


Kelebihan Berbekam
Berbekam boleh menyembuhkan demam dalam masa yang singkat, InsyaAllah. Amalan berbekam dapat mengelakkan diri dari penyakit-penyakit dan dapat menjaga kesihatan badan untuk beribadah.

Punca Terjadinya Penyakit
Penyakit berpunca dari darah yang tidak berfungsi lagi dalam badan (darah kotor) yang akhirnya terperangkap dan menjadi racun (toksin) dan menghakis kecergasan badan. Jika tidak dibuangkan; badan tidak boleh bertahan lama maka terjadilah penyakit.

Merawat Penyakit
Penyakit yang di hidapi perlu dirawat sehingga pulih. Pesakit adalah dinasihatkan agar membuat rawatan selama tiga kali berturut-turut mengikut jadual yang di tetapkan. Jika tidak, penyakit tidak dapat di pulihkan sepenuhnya.

Berbekam Mendapat Keberkatan ALLAH SWT
Muslimin dan Muslimat hendaklah mengamalkan BEKAM sekurang-kurangnya setahun sekali di kepala pada bulan REJAB ataupun bulan Sya’ban untuk mendapatkan keberkatan Allah SWT.

Note to Self: Saya percaya berbekam dapat membantu saya menyembuhkan kanser yang saya ada kerana selain mendapat keberkatan ALLAH SWT dan mengikut sunah RASULULLAH SAW ia juga membantu badan saya memperolehi oksigen yang diperlukan (selain daripada melakukan senaman) dan secara tidak langsung ia boleh menambahkan system dayatahan (imun) penyakit. Sistem saraf saya juga bertambah baik. Alhamdulillah. Segala Puji bagi Allah.
Semenjak 5 kali menjalankan rawatan ini didalam bulan ini sahaja; saya merasakan perubahan yang amat positif kerana badan semakin ringan dan cergas. Tiada lagi sakit-sakit badan keletihan dan lesu. Gangguan-gangguan perasaan (terutamanya ketika dalam kedatangan HAID dan ketika TIDUR MALAM) juga berkurangan.

Ada pesakit yang datang untuk rawatan, menangis-nangis dan meracau-racau tidak mahu di bekam. MasyaALlah. Terpaksa di pujuk dan di rayu oleh si anak dan suami.

"Bagi mereka yang masih sihat dan tidak berpenyakit tentu hairan mengapa terdapatnya gangguan? Ini adalah kerana, orang yang berpenyakit adalah mereka yang berada di dalam keadaan yang lemah (semangat, jiwa dan badan). Mereka adalah bukan diri mereka yang sebenar. Mereka tidak mungkin mahu kelihatan dan melalui keadaan seperti ini jika mereka SIHAT. Syaitan / Jin amat senang memasuki mereka yang dalam keadaan sebegini.
Oleh itu, mereka yang sihat harus memahami situasi si PESAKIT. Banyakkan bersabar dan membantu pesakit selagi berdaya.Ikhlaskanlah diri dalam membantu mereka yang TERSAYANG. Ini bukanlah kerja yang senang; tetapi, Allah pasti memudahkan segala urusan bagi mereka yang IKHLAS. Semoga mereka mendapat KEBERKATAN dan RAHMAT Allah jua.”


Saya memilih untuk berbekam dengan Perniagaan Al-Yakin - Pusat Bekam Hj Ibrahim bin Hj Mokhsen (03-4107 7827 / 013-375 8087) bertempat di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Ia dilakukan oleh isteri dan anak perempuan beliau (untuk wanita) dan anak lelaki beliau (untuk lelaki). Cawangan-cawangan lain: Kajang, Selangor dan Sg Udang, Melaka.
Cawangan KL: 224, Jalan Negara 2, (Ikut Lorong Selangor) 53100 Taman Melawati, Ulu Klang, S'ngor.
Cawangan Melaka: Paya Rumput Sg Udang, Batu 11 1/2, Sg Udang, Melaka.
Cawangan Kajang: A-37-GB, Jalan Prima Saujana 2/A, Taman Prima Saujana, Kajang, S'ngor. (013-207 8816)


Sumber;~ My Journal - A Journey to an End ~ @http://rahayu-roslan.blogspot.com/

Al- Fatihah

[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat

Al-Waqi'ah

[1]
Apabila berlaku hari kiamat itu,
[2]
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
[3]
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
[4]
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
[5]
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
[6]
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
[7]
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
[8]
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
[9]
Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
[10]
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
[11]
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
[12]
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
[13]
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
[14]
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
[15]
(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
[16]
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
[17]
Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
[18]
Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
[19]
Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
[20]
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
[21]
Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
[22]
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
[23]
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
[24]
(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
[25]
Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
[26]
Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).
[27]
Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
[28]
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
[29]
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
[30]
Dan naungan yang tetap terbentang,
[31]
Dan air yang sentiasa mengalir,
[32]
Serta buah-buahan yang banyak,
[33]
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
[34]
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
[35]
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
[36]
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
[37]
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
[38]
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
[39]
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
[40]
Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
[41]
Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
[42]
Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
[43]
Serta naungan dari asap hitam,
[44]
Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
[45]
Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
[46]
Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
[47]
Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
[48]
"Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "
[49]
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
[50]
"Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.
[51]
"Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
[52]
Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
[53]
"Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
[54]
"Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
[55]
"Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".
[56]
Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
[57]
Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
[58]
(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
[59]
Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
[60]
Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
[61]
(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
[62]
Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
[63]
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
[64]
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
[65]
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
[66]
(Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
[67]
"Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) "
[68]
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
[69]
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
[70]
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
[71]
Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
[72]
Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
[73]
Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
[74]
Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
[75]
Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -
[76]
Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -
[77]
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
[78]
Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
[79]
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
[80]
Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
[81]
Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
[82]
Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
[83]
Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
[84]
Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
[85]
Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
[86]
Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -
[87]
Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?
[88]
Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",
[89]
Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
[90]
Dan jika ia dari puak kanan,
[91]
Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".
[92]
Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
[93]
Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
[94]
Serta bakaran api neraka.
[95]
Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
[96]
Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

Berubat Dengan Ayat Suci Al-Quran

Ditulis oleh Mohammad Shukri Osman
Thursday, 03 May 2007
Soalan :
Bolehkah kita berubat dengan bomoh dimana bomoh tersebut mengamalkan perubatan dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran? Bolehkah kita mempercayai cara perubatan yang diamalkan itu?

Jawapan :
Kita boleh mempercayai bomoh, ustaz ataupun ahli perubatan lain jika kita tahu bahawa mereka tidak mensyirikkan Allah. Yang paling penting dalam berubat sesuatu penyakit adalah kita (setiap individu / pesakit) mesti yakin bahawa yang menyembuhkan penyakit itu bukan bomoh ataupun ustaz ataupun tabib (mereka semua adalah asbab), tetapi yang menyembuhkannya hanya Allah SWT semata. Yakin kepada selain dari Allah adalah syirik (dosa besar yang tiada pengampunan). Berubat hanyalah merupakan ikhtiar atau usaha yang disuruh oleh agama.

Di dalam Islam sememangnya ada ulama yang mengamalkan perubatan secara Islam iaitu dengan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran sebagai penawar. Sebab Al Quran merupakan ubat dari segala penyakit, baik penyakit hati mahupun penyakit yang bersifat fizikal. Rasulullah SAW juga pernah mengubati seseorang dengan membaca salah satu surah dari Al Quran

Larangan mencukur sebahagian rambut

Petikan Al-Quran & Hadith

Larangan mencukur sebahagian rambut

Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, daripada Abdullah bin Umar radhiallahu 'anhuma katanya: Sesungguhnya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan bersabda: Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya).

Digalakkan Mengucapkan Selawat

Petikan Al-Quran & Hadith

Digalakkan Mengucapkan Selawat

Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam surah al-Ahzaab: ayat 56, tafsirnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya

Doa memohon lekas sembuh

Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, jauhkanlah penderitaan. Sembuhkalah, Engkau sahaja penyembuh . Tidak ada kesembuhan melainkan dari-Mu sahaja. Kesembuhan yang tidak meninggalkan penderitaan.