Friday, June 26, 2009

Blueberry Cheese Tart

(sumber:my resepi)

sedap.... dan sesuai dimakan bila-bila sahaja. (Dapat resepi daripada kelas masak)

Bahan-bahan ( 10 biji )

Bahan untuk Sweet Pastry:-
125 gm mentega / margerin
60 gm gula aising
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum

Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
250 gm cream cheese
50 gm gula aising
20 gm mentega (lembutkan)
1/2 sudu besar perahan lemon
1 biji telur (gred B)
Blueberry pie filling


Cara-cara
Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.

Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.

Monday, February 23, 2009

Air Tembikai Bersoda, Honey Dew with coconut milk

Bahan2nya :
1 biji nenas
1 biji buah tembikai
2 biji limau nipis
1 botol ice cream soda
1½ cawan air gula

Cara Membuatnya :
· Nenas dikupas kulitnya, kemudian campurkan dengan ½ daripada buah tembikai.
· Masukkan kedalam blender bersama-sama dengan air gula, kisar hingga hancur. Kemudian ditapis.
· Buah tembikai yg setengah lagi dipotong dadu. Masukkan kedalam air nenas tadi.
· Tuangkan ice cream soda dan perah air limau serta kacau rata2.
· Sejukkan.


dessert - Honey Dew with coconut milk
Honey dew - di potong kiub2
santan kelapa
air gula
ais batu
Cara2
campurkan kesemua bahan dan hidangkan. fuhhhhh sedappppp
p/s: nak tukar honey dew ke buah betik pun boleh....

OPTION:
From: [linda@msctc.com.my] santan kelapa boleh diganti dengan susu segar.. dan kalau nak sedap lagi campurkan dengan aiskrim vanila. sesaper nak cuba.. cuba laaa

Thursday, November 20, 2008

VERY MOIST BANANA CAKE

sumber: rinnchan FP

Bahan-bahan :
250gm butter, Rinn guna majerin
2 cawan caster sugar, Rinn guna 1 cawan sahaja !! Itu pun dah cukup manis....
4 biji telur
1/2 camca teh garam halus
1 camca teh esen vanilla
4 sudu besar susu pekat, Rinn guna susu segar Dutch lady jer
3 cawan pisang lecek
2 cawan tepung, Rinn guna tepung kek NONA
1 camca teh soda bikabornat
1 camca teh baking powder
Walnut, macadamia, pecan nuts (Optional), Rinn bubuh walnuts

Cara-cara :
1. Putar majerin dan gula caster hingga kembang dan berkrim.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil teruskan putaran mixer.
3. Tambahkan susu, esen vanilla dan garam halus.
4. Perlahankan mixer. Masukkan pisang lecek.
5. Masukkan tepung hingga agak-agak sebati. Hentikan mixer.
6. Masukkan kacang-kacang pilihan yang telah dipotong kasar. Gaul rata dgn spatula.
7. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 50min hingga ke 60min.

PUDDING CARAMEL HO AH LIN (norzailina nordin lah tu..)

aku ambil dari blog che mat gebuuu..


Bahan-Bahannya:-
6 biji telur
80 g gula halus
25 g tepung kastard
15 g tepung jagung
410 ml susu cair
410 mk air
1 camca teh esen vanilla
80 g gula halus*
100 ml air*(*untuk karamel)

Cara membuatnya:-

Dalam satu bekas, pukul telur dan gula hingga larut, masukkan tepung jagung dan tepung kastard. Tuang susu cair, air dan esen vanilla. Gaul rata dan tapis adunan, ketepikan.
Masak gula dengan air sehingga menjadi karamel kuning keemasan. Tuang dalam acuan yang telah disapu dengan mentega. Ratakan. Tuang no. 1 dalam acuan dan kukus 35 - 40 minit

Wednesday, October 15, 2008

Kupang Serai (Lemon Grass Mussels)

Koleksi Resepi Dari Puan Puti Mazura
Masakan ni boleh disediakan dalam masa tak sampai setengah jam (dari awal mengupas bawang hingga menghidang). Ini resepi arwah nenek saya.

1. 1 mangkuk kupang segar yang telah direbus dan kupas kulit (boleh gantikan dengan udang, kepingan ayam atau telur ikan)
2. 6 batang serai, dimayang halus (pastikan buang bhg berdaun)
3. 3 ulas bawang putih
4. 5 ulas bawang merah
5. 10 biji cili padi (kurang /lebihkan ikut daya ketahanan)
6. 1 inci kunyit hidup
7. Suku cawan air asam jawa pekat
8. 1 cawan santan pekat
9. 1 sudu the garam
10. 1 sudu makan gula pasir
11. 3 sudu makan minyak untuk menumis
12. 2 helai daun kunyit, dihiris halus
13. 2 helai daun limau purut dihiris halus

Cara
1. Tumbuk bahan no. 3, 4, 5, 6 dan 9.
2. Pijarkan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk, goreng sehingga pecah minyak
3. Masukkan semua bahan lain kecuali gula dan daun kunyit.
4. Masak hingga agak kering, kacau selalu.
5. Masukkan gula dan daun kunyit, gaul rata sehingga daun layu.
6. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Moist Chocolate Cake

Resepi sumbangan Kak Ina..............

Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum
1 camca kecil baking powder
¾ cawan mentega (6 oz)
1 ½ camca kecil vanilla
1 camca air sejuk
½ cawan koko
½ camca teh Nescafe (rata)
3 biji telur
1 ½ cawan gula castor

Cara membuatnya:
1. Koko dan air dibancuh dan masukkan vanilla dan Nescafe. Kacau dan simpan dalam perti sejuk selama 10/15 minit.
2. Mentega dan gula dipukul hingga putih dan masukkan telur satu per satu. Masukkan tepung dan bancuhan no. 1.Kacau supaya tidak berketul.
3. Tuang dalan bekas 9x9 yang telah digris. Bakar selama 25/30 minit.
4. Setelah kek masak , salutkan dengan coklat masak yang telah dicairkan dengan mentega

Telur Bungkus

Koleksi Resepi Dari Puan Puti Mazura

BAHAN;
5 biji telur
200 gm daging lembu - direbus & dicincang (alternatively guna boneless
chicken meat - tak perlu rebus)
200 gm sayur campur (jagung, lobak merah dan kacang pis)
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 cm halia - dicincang
1 sudu besar rempah ikan/nampla sauce/oyster sauce
2 sudu besar sup tomato
Sedikit garam & gula
Kalau suka pedas, guna cili padi, cincang halus.

Cara:
Tumis bawang putih, dan halia hingga wangi kemudian masukkan bawang besar. Biarkan bawang besar layu dan masukkan rempah kari serta daging cincang. Kemudian tambahkan sup tomato, garam dan perasa. Akhir sekali masukkan sayuran campur (and cili padi, kalau gunakan). Biarkan sebentar hingga semuanya masak dan bolehlah diangkat. Pukul telur hingga kembang. Panaskan
kuali dan goreng seperti membuat telur dadar. Apabila telur setengah masak, letakkan intinya di tengah-tengah dan lipatkan telur supaya intinya tidak terkeluar. Ulangi langkah yang sama sehingga adunan telur habis. Kalau ada kuali yang sangat lebar, buat sekali sahaja.