Wednesday, October 15, 2008

Kupang Serai (Lemon Grass Mussels)

Koleksi Resepi Dari Puan Puti Mazura
Masakan ni boleh disediakan dalam masa tak sampai setengah jam (dari awal mengupas bawang hingga menghidang). Ini resepi arwah nenek saya.

1. 1 mangkuk kupang segar yang telah direbus dan kupas kulit (boleh gantikan dengan udang, kepingan ayam atau telur ikan)
2. 6 batang serai, dimayang halus (pastikan buang bhg berdaun)
3. 3 ulas bawang putih
4. 5 ulas bawang merah
5. 10 biji cili padi (kurang /lebihkan ikut daya ketahanan)
6. 1 inci kunyit hidup
7. Suku cawan air asam jawa pekat
8. 1 cawan santan pekat
9. 1 sudu the garam
10. 1 sudu makan gula pasir
11. 3 sudu makan minyak untuk menumis
12. 2 helai daun kunyit, dihiris halus
13. 2 helai daun limau purut dihiris halus

Cara
1. Tumbuk bahan no. 3, 4, 5, 6 dan 9.
2. Pijarkan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk, goreng sehingga pecah minyak
3. Masukkan semua bahan lain kecuali gula dan daun kunyit.
4. Masak hingga agak kering, kacau selalu.
5. Masukkan gula dan daun kunyit, gaul rata sehingga daun layu.
6. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Moist Chocolate Cake

Resepi sumbangan Kak Ina..............

Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum
1 camca kecil baking powder
¾ cawan mentega (6 oz)
1 ½ camca kecil vanilla
1 camca air sejuk
½ cawan koko
½ camca teh Nescafe (rata)
3 biji telur
1 ½ cawan gula castor

Cara membuatnya:
1. Koko dan air dibancuh dan masukkan vanilla dan Nescafe. Kacau dan simpan dalam perti sejuk selama 10/15 minit.
2. Mentega dan gula dipukul hingga putih dan masukkan telur satu per satu. Masukkan tepung dan bancuhan no. 1.Kacau supaya tidak berketul.
3. Tuang dalan bekas 9x9 yang telah digris. Bakar selama 25/30 minit.
4. Setelah kek masak , salutkan dengan coklat masak yang telah dicairkan dengan mentega

Telur Bungkus

Koleksi Resepi Dari Puan Puti Mazura

BAHAN;
5 biji telur
200 gm daging lembu - direbus & dicincang (alternatively guna boneless
chicken meat - tak perlu rebus)
200 gm sayur campur (jagung, lobak merah dan kacang pis)
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 cm halia - dicincang
1 sudu besar rempah ikan/nampla sauce/oyster sauce
2 sudu besar sup tomato
Sedikit garam & gula
Kalau suka pedas, guna cili padi, cincang halus.

Cara:
Tumis bawang putih, dan halia hingga wangi kemudian masukkan bawang besar. Biarkan bawang besar layu dan masukkan rempah kari serta daging cincang. Kemudian tambahkan sup tomato, garam dan perasa. Akhir sekali masukkan sayuran campur (and cili padi, kalau gunakan). Biarkan sebentar hingga semuanya masak dan bolehlah diangkat. Pukul telur hingga kembang. Panaskan
kuali dan goreng seperti membuat telur dadar. Apabila telur setengah masak, letakkan intinya di tengah-tengah dan lipatkan telur supaya intinya tidak terkeluar. Ulangi langkah yang sama sehingga adunan telur habis. Kalau ada kuali yang sangat lebar, buat sekali sahaja.

NASI AYAM

Koleksi Resepi Dari Puan Puti Mazura
Kalau untuk Nasi Ayam Madu, tambahkan 4 camca besar madu dalam bahan perapan ayam, sebelum digoreng. Tapi hati-hati, api jangan terlalu besar, ayam cepat hangus because of the sucrose dalam madu tu ye...

BAHAN
1. 2 ekor ayam (quartered), kaki, leher dan giblets dibersihkan, potong kecil.
2. 8 cawan beras panjang, dibasuh dan toskan
3. 3 liter air (tambah kemudian jika perlu)
4. 2 labu bawang putih, ditumbuk (bahagi 5)
5. 10 ulas bawang merah, ditumbuk (bahagi 2)
6. 1 biji bawang besar, dimayang
7. 3 inci halia, ditumbuk (bahagi 3)
8. 10 biji buah pelaga (bahagi 2)
9. 1 bungkus rempah sup Adabi (make into paste)
10. 1½ cawan kicap manis
11. 1 cawan sos tiram
12. ½ cawan sos tomato
13. 1½ cawan sos cili
14. 1½ sudu makan cuka/ 3 sudu makan jus limau kasturi (bahagi 2)
15. 10 tangkai cili kering, direbus dan kisar
16. 5 biji cili merah, digoreng sebentar hingga pecah kulit dan ditumbuk
17. Minyak yang banyak untuk deep fry ayam dll.
18. Gula dan garam
19. 2 batang timun, dihiris bulat
20. 5 biji tomato, dihiris bulat
21. ½ pokok daun salad, disiat kecil.
22. Bawang goreng
23. Daun saderi dan daun bawang dimayang halus.

Cara
1. Pijarkan 2 sudu makan minyak
2. Tumiskan 1 bhg bawang putih, 1 bhg halia, 1 dan bawang besar
sehingga naik bau
3. Masukkan 1 bhg buah pelaga
4. Masukkan rempah sup dan biarkan sehingga pecah minyak
5. Masukkan air dan biarkan mendidih, masukkan garam dan gula (lebihkan masinnya sedikit)
6. Apabila mendidih masukkan ayam (jika tidak muat boleh masukkan 4 bhg dahulu dan biarkan selama 10 minit dan keluarkan, kemudian masukkan yang selebihnya). Ayam hendaklah dibiarkan didalam air mendidih selama 10 minit. Keluarkan dan toskan. (Bahagian ayam yang dipotong kecil i.e. kaki, leher, tidak perlu dikeluarkan).
7. Tambahkan air jika perlu dan didihkan sup selama 5 minit. Tutup api dan biarkan sejuk
8. Campurkan kicap, sos tiram dan sos cili dan perapkan ayam yang telah direbus selama satu jam

Untuk Nasi
9. Pijarkan 3 sudu minyak didalam kuali
10. Tumiskan 1 bhg. buah pelaga (yang dipecah-pecahkan), 1 bhg bawang putih, 1 bhg halia dan 1 bhg bawang merah hingga naik bau.
11. Masukkan gula dan garam secukup rasa
12. Masukkan beras dan goreng rata. (sehingga putih keseluruhannya). Ketepikan dan sejukkan

Back to the Ayam
13. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali yang dalam dan goreng ayam yang sudah diperap. Goreng sehingga garing, balikkan dan goreng sebelah lagi sehingga garing permukaannya. Angkat dan toskan minyak

Back to Nasi
14. Sementara itu, masukkan beras yang sudah digoreng dan disejukkan, ke dalam periuk nasi dan sukat air (gunakan stok ayam yang telah disejukkan, No. 7), anggaran 1 cawan beras: 1½ cawan stok. Sesuaikan air ikut suka. Masak seperti biasa.

15. Untuk membuat sos cilinya, pijarkan 2 sudu makan minyak goreng ayam tadi, tumiskan 1 bhg halia & 2 bhg bawang putih. Masukkan cili kering & cili merah dan goreng hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, 1 sudu cuka dan 1 cawan stok ayam, 2 sudu makan gula dan sedikit garam. Biarkan mendidih dan
renih sehingga pekat sedikit. Tutup api dan ketepikan.

16. Untuk menyediakan kuah kicapnya, pijarkan satu sudu makan minyak goreng ayam, masukkan campuran kicap lebihan perapan ayam (tambah kicap jika perlu) dan 1 cawan stok ayam, didihkan. Tutup api dan ketepikan.

17. Potong ayam yang telah digoreng kepada beberapa bhgn. kecil.
18. Panaskan lebihan stok ayam (tambah air, garam & gula jika perlu).

Untuk menghidang
1. Masukkan nasi ke dalam pinggan, taburkan bawang goreng & daun saderi & daun bawang
2. Susun daun salad, hirisan timun dan tomato di dalam side plate.
Susunkan satu bahagian ayam (yang telah dipotong) diatasnya. Curahkan dua sudu makan kuah kicap dan dua sudu makan sos cili keatas ayam
3. Masukkan sup ke dalam mangkuk sup dan taburkan bawang goreng & daun saderi & daun bawang
BON APPETIT!!

BUBUR LAMBUK PAHANG

Koleksi Resepi Dari Puan Puti Mazura

BAHAN;
1. 3 cawan beras hancur
2. 4 ekor ikan kembung besar (atau setengah ekor ikan tenggiri + 1 ekor ikan kembung
3. segenggam isi udang hidup
4. 1- 2 cawan santan cair
5. 10 ulas bawang merah kecil
6. 4 ulas bawang putih
7. 1 inci halia
8. 1 batang serai, dititik
9. 7 cawan air
10. Garam dan gula secukup rasa
11. 2 sudu the serbuk lada hitam
12. 3 keping asam gelugor
13. 1 inci halia (selain drpd no. 7), dititik
14. 1 inci lengkuas, dititik
15. 2 helai daun pandan, basuh dan simpulkan
16. 2 cawan pucuk paku perak (daun dan batang yang lembut shj), basuh dan toskan.

Cara
1. Rebus ikan & udang (dengan halia & lengkuas yang ditumbuk dan asam gelugor) sehingga sangat sangat lembut. Ketepikan.
2. Keluarkan asam, halia dan lengkuas dan mesin bersama ikan & udang (asingkan tulangnya, mesin tulang berasingan. Boleh juga tak gunakan tulang kalau takut tak halus). Air rebusan jangan dibuang.
3. Tumbuk bawang merah, halia, bawang putih dan lada hitam. Masukkan ke dalam ikan yang dikisar. Masukkan garam. Gaul rata dan perapkan selama 1 jam
4. Didihkan air rebusan, masukkan beras yang sudah dibasuh bersih.
Tambahkan air jika perlu
5. Bila beras sudah pecah, masukkan ikan + udang dan bahan perapan. Gaul rata.
6. Masukkan serai dan santan. Masak hingga menggelegak dengan api kecil. Kacau sekali sekala, jangan sampai pecah minyak.
7. Sesuaikan rasa garam dan lada hitamnya. Masukkan sedikit gula. Kacau rata. Didihkan
8. Akhir sekali masukkan sayur pucuk paku perak. Gaul sekali dan tutup api.
9. Hidangkan panas-panas. Kalau suka boleh tambahkan lobak asin
(chaipoh) yang dipotong halus, sambal cili cuka dan minyak bawang putih.

Acar Buah

Koleksi Resepi Dari Puan Puti Mazura

Ini untuk kawan-kawan, buat pecah selera masa bersahur bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan nanti ye..

1. 20 ulas bawang merah, belah 4
2. 10 ulas bawang putih, belah 4
3. 3 inci halia, hiris halus
4. 10 tangkai cili kering, direbus dan kisar
5. 1 cawan kurma - buang biji, direndam hingga lembut dan kisar (air jangan dibuang)
6. 1 cawan prune, potong 2 jika suka
7. 1 cawan kismis hitam (raisins)
8. 1 cawan sultanas
9. ½ cawan aprikot kering - dihiris
10. ½ cawan asam boi (jika suka)
11. ½ cawan buah pala (dihiris)
12. ½ peket serbuk kari daging Adabi
13. 1 batang kayu manis
14. 3 sudu makan cuka /air asam jawa
15. 1 cawan gula merah
16. sedikit garam
17. 3 sudu makan minyak masak
18. 1 cawan air

Cara membuat:
1. Panaskan periuk, didihkan secawan air dan masukkan cuka (atau air asam jawa), gula dan garam.
2. Bila mendidih, masukkan bawang merah. Ketepikan
3. Pijarkan minyak didalam periuk yang agak dalam. Api perlahan
4. Tumiskan halia, bawang putih dan kayu manis
5. Masukkan rempah kari & cili kering dan goreng sehingga agak garing
6. Masukkan kurma yang sudah dikisar. Gaul sebati.
7. Masukkan aprikot dan buah pala. Biar hingga lembut
8. Masukkan bawang yang sudah dijeruk bersama air jeruknya sekali
9. Masukkan buah-buahan lain dan gaul rata.
10. Sesuaikan rasa gula dan garamnya.

Note: Boleh juga gunakan buah-buah lain seperti limau jeruk, rambai dan jambu batu kering.

Air Asam

Koleksi Resepi Dari Puan Puti Mazura

(untuk dimakan dengan ikan bakar atau buat kuah untuk nasi pun
boleh...)
BAHANNYA;

1. 2 inci persegi belacan Melaka (dibakar hingga wangi)
2. 1½ - 2 cawan air asam jawa, sederhana pekat, (bancuh dengan air suam ye...)
3. 2 labu bawang merah - dimayang kasar
4. 5 biji cili merah, potong kasar
5. 10 biji cili padi (besar), dihiris halus
6. 3 sudu makan gula
7. Satu biji tomato merah
8. ½ - 1 sudu teh garam (bergantung pada kemasinan belacan)
9. 1 sudu makan kerisik

Cara-cara
1. Masukkan belacan, air asam jawa, belacan, cili merah, garam, tomato, kerisik dan gula dalam pengisar (blender) dan kisar sehingga semua hancur dan sebati.
2. Masukkan bawang (ramas-ramaskan sikit) dan cili padi. Gaul rata.
3. Masukkan dalam bekas bertutup dan ke dalam peti sejuk. Kacau sekali lagi dan hidangkan.