Sunday, October 12, 2008

Nasi arab @ nasi kabsa

best nasi ni, ala2 nasi beriani tp jun suka sbb x pkai santan or susu, just air biasa aje...sape2 yg diet leh masak ni...

600gm beras basmathi-rendam i jam n tos
300gm daging lembu-hiris2
1 sudu makan tomato puri
150gm minyak sapi (minyak niasa pon ok)
5 buah pelaga
4cm kulit kayu manis
2 biji bawang besar-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
1/2 sudu makan pepper
sedikit koma2 n air mawar
garam
panaskan minyak, tumis bawang n bawang putih hingga kekuningan. masukkan daging, pelaga, kayu manis. kemudian masukkan tomato puri, garam n air. didihkan, masukkan beras. bila hampir kering masukkan koma2 n air mawar.
Posted by Jun

Nasi Jagung Chef Norz...

aku copy & paste dr blog jun..

nota dari jun...Ni jun masak..bukan masa raya sebenarnyer..sebelom raye oke! timakasih to Norz syg..jun dah peram resepi ni lama, dulu pernah wat sekali..zaman jepon dulu kot..sbb ade jagung lebih jun wat ala2 frozen, pastu wat nasi ni...

50gm butter
3 camca besar minyak
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
500gm beras basmathi
780ml air
70ml susu cair
2 helai daun pandan-disimpul
3 bunga lawang
2 biji pelaga
4cm kulit kayu manis
5 camca besar pati rebusan ayam (stok ayam pekat)
120gm jagung frozen
garam

kisar bawang2. panaskan butter n minyak. tumis bawang. masukkan beras, kacau selama 2 min. perlahankan api, masukkan air, susu cair, daun pandan, bung alawang, kayu manis, stok ayam n garam. kacau skali skala hingga mendidih. bila hampir kering, wat lubang, masukkan jagung. tutup periuk n biar 5 min. gaul rata nasi n tutup periuk, biar masak n hidangkan ngan lauk kesukaan.
Posted by Jun

Nasi Lemak Lengkap

sumber:kakpah shery

Nasi lemak ini gabungan nasi lemak negeri Perak & Sarawak...
Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi/beras wangi/beras biasa
5 cawan air (ikut jenis beras)
200ml santan pekat
2 sudu teh garam
2 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 hirisan halia
2 batang serai (diketuk)
1 sudu teh lada hitam biji

Cara-cara:
Bersihkan beras. Masukkan dalam periuk letrik. Kemudian masukkan air, santan pekat, bawang merah, hirisan halia, garam, serai & lada biji. Gaul rata supaya semua garam larut & bahan2 sebati. Masak seperti biasa. Tunggu sehingga nasi betul2 masak barulah dibalik2kan (org Perak kata diserih2kan).


Sambal Udang

Bahan-bahan:
250gram udang basah (kupas, buang urat, bersih & toskan)
2 sudu besar cili kisar (klu nk pedas boleh tambah lg)
1 sudu teh serbuk cili (jika suka)
Sebesar ibu jari belacan (bakar, hancurkan dgn air panas)
6 biji bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih
1/2 cawan air asam jawa
Garam & gula
Minyak utk menumis
Air secukupnya

Cara-cara:
Tumis cili kisar & bawang hingga naik bau. Masukkan belacan, biar sebentar. Kemudian masukkan udang, gaul rata & tunggu udang masak baru masukkan air asam jawa, garam & gula. Tambah air jika terlalu kering. Sesuaikan rasa, masin, manis & masamnya. Hidangkan bersama nasi lemak.


Ayam Goreng Bercili (Lauk tambahan jika suka)

Bahan-bahan:
6-8 ketul ayam (bersih & toskan)
2 sudu cili kisar
4 ulas bawang merah (tumbuk kasar)
2 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1 labu bawang besar (hiris bulat)
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam
Gula
Minyak utk menumis

Cara-cara:
Gaul ayam dengan garam & serbuk kunyit. Goreng ayam hingga garing & masak. Ketepikan. Tumis cili kisar, bawang merah & bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar, garam & gula. Akhir sekali masukkan ayam yg telah digoreng tadi. Balik2kan hingga rata & sebati. Boleh dihidangkan bersama nasi lemak & nasi minyak & sebagainya.


Bahan-bahan sampingan lain:
Telur rebus (dibelah 2)
Kacang tanah (digoreng dgn minyak)
Ikan bilis (digoreng garing)
Timun (dipotong nipis bulat)

Cara Masak Nasi Lemak Kukus

1. Rendamkan beras dalam santan cair selama 2 jam. Paras santan tu menutup beras je, tak membazir.
2. Alaskan pengukus dengan kain muslin, panaskan atas periuk kukusan yang sudah dididihkan airnya. Masukkan 2-3 helai daun pandan ke dalam air didihan.
3. Toskan beras, dan masukkan dalam pengukus, kukus sehingga setengah masak
4. Pijarkan minyak/butter dan tumiskan bawang kuning yang dihiris, halia yang dihiris, bawang putih yang dihiris, kayu manis dan sedikit garam, hingga bawang layu.
5. Masukkan santan pekat ke dalam tumisan dan gaul rata. tutup apinya.
6. Keluarkan nasi yang separa masak dan masukkan dalam santan, gaul rata.
Biarkan sebentar.
7. Masukkan nasi sekali lagi ke dalam pengukus dan kukuslah sehingga masak.

Insya Allah, jadi, tapi masya Allah, lecehnya...

Nasi Lemak dan Sambal Tumis Udang

sumber: ogyrosli at 4:29 PM
Bahan

Nasi Lemak
2 cawan beras siam wangi
2 cawan santan cair atau susu rendah lemak + air
sedikit garam
sehelai daun pandan disimpul

Cara :
1. Basuh beras dan rendam sekurang-kurangnya 4 jam
2. Didihkan santan / susu cair dalam periuk nasi elektrik. Masukkan garam
3. Bila mendidih, masukkan beras yang telah ditoskan airnya
4. Lepas tu masukkan daun pandan
5. Biarkan periuk off sendiri. Sesekali kacau nasi.

Sambal Tumis Udang
1 cawan cili kering diblend
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
2 cawan udang yang telah dikupas kulit
sedikit garam
sedikit gula
sedikit air asam jawa + 1/2 cawan air, bancuhkan
minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak
2. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah diblend
3. Bila wangi, masukkan cili blend
4. Kacau hingga naik minyak (berketul-ketul)
5. Masukkan isi udang, air asam jawa, bawang besar, garam dan gula
6. Adjust rasa, bila masak tutupkan api

*** Hidangkan nasi lemak, bersama sambal, telur rebus, ikan bilis goreng, timun dan kangkung rebus. Untuk kangkung rebus yang hijau - rebus air bersama beberapa titik minyak dan sedikit gula. Bila air mendidih baru masukkan kangkung. Selamat bersarapan

SAMBAL BILIS NASI LEMAK

250 g ikan bilis, dibersihkan
1 camb asam jawa + 250 ml air (air asam jawa)
4 camb gula merah
50 ml sos tomato }
50 ml sos cili } bahan A
150 ml air }
350 ml air
2 labu bawang besar, dihiris bulat
Minyak utk menggoreng
Sed garam
Bahan kisar
20-25 tangkai cili kering, digunting & rendam
2 labu bawang besar
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih

Cara membuatnya
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan 150 ml minyak, tumis bahan kisar dan kacau hingga garing.
3. Masukkan air asam jawa, kacau rata.
4. Bila mendidih, masukkan gula merah dan garam. Perlahankan api dan renihkan selama 15-20 min.
5. Tuangkan pula bahan A, kacau hingga mendidih kemudian renihkan semula selama 20 min.
6. Masukkan ikan bilis dan bawang besar, kacau rata-rata.
7. Masak 3-4 minit kemudian angkat dan sajikan.
2) Dulu masa saya di sekolah rendah mak kawan saya menjual nasi lemak dan sambal ikan bilisnya berwarna coklat dan rasanya tidaklah terlalu pedas dan manis.

Sambal berwarna coklat kerana menggunakan gula merah yg agak banyak sebab itu manis (ganti gula pasir) dan sedikit kicap.
________________________________________

Nasi Lemak

Ingredient :-
Coconut Milk Steamed Rice
• 2 cups of rice
• 3 screwpine leaves (tie them into a knot as shown above)
• Salt to taste
• 1 small can of coconut milk (5.6 oz size)
• Some water
Tamarind Juice
• 1 cup of water
• Tamarind pulp (size of a small ping pong ball)

Sambal Ikan Bilis (Dried anchovies sambal)
• 1/2 red onion
• 1 cup ikan bilis (dried anchovies)
• 1 clove garlic
• 4 shallots
• 10 dried chillies
• 1 teaspoon of belacan (prawn paste)
• 1/4 teaspoon of salt
• 1 tablespoon of sugar
Other ingredients
• 2 hard boiled eggs (cut into half)
• 3 small fish (sardines or smelt fish)
• 1 small cucumber (cut into slices and then quartered)

Method:- 1. Just like making steamed rice, rinse your rice and drain. Add the coconut milk, a pinch of salt, and some water. Add the pandan leaves into the rice and cook your rice.
2. Rinse the dried anchovies and drain the water. Fry the anchovies until they turn light brown and put aside.
3. Pound the prawn paste together with shallots, garlic, and deseeded dried chilies with a mortar and pestle. You can also grind them with a food processor.
4. Slice the red onion into rings.
5. Soak the tamarind pulp in water for 15 minutes. Squeeze the tamarind constantly to extract the flavor into the water. Drain the pulp and save the tamarind juice.
6. Heat some oil in a pan and fry the spice paste until fragrant.
7. Add in the onion rings.
8. Add in the ikan bilis and stir well.
9. Add tamarind juice, salt, and sugar.
10. Simmer on low heat until the gravy thickens. Set aside.
11. Clean the small fish, cut them into half and season with salt. Deep fry.
12. Cut the cucumber into slices and then quartered into four small pieces.
13. Dish up the steamed coconut milk rice and pour some sambal ikan bilis on top of the rice.
14. Serve with fried fish, cucumber slices, and hard-boiled eggs.
Courtesy of www.rasamalaysia.com