Ada seseorang yang hantar ke emalku..aku hanya copy & paste supaya boleh dikongsi....
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38.. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
aku orang desa, hidup di desa, makan cara desa, berfikir cara desa, bernafas cara desa...dan melihat dunia dari bawah kristal...mmmmm....selesanya..
Saturday, January 19, 2008
ringkasnya...
Friday, January 18, 2008
ayam sudah berkokok..
aku masih mengadap ltop..menyiapkan kerjakursus..ohhhh..susahnya nak dapat A, baby dah mula merengek..tak rasa kehangatan tubuh ibunya..
teringat pulak kepada satu artikel yang pernah aku baca..bayi yang tidur bersama ibunya lebih mudah dibentuk dan diasuh..pendek kata mudah mendengar katalah tu..macam anak-anakku..alhamdulillah..setakat ini teori ini betul bagiku..kesian anak-anak kalau dibiarkan sendirian kan..
teringat pulak kepada satu artikel yang pernah aku baca..bayi yang tidur bersama ibunya lebih mudah dibentuk dan diasuh..pendek kata mudah mendengar katalah tu..macam anak-anakku..alhamdulillah..setakat ini teori ini betul bagiku..kesian anak-anak kalau dibiarkan sendirian kan..
Thursday, January 17, 2008
rasa nak makan kuih tepung kapur

aku pun mulalah mengerjakan laptopku untuk menyelongkar resepi..tup..tup..dapatlah resepi kuih tepung kapur dari FP mamawandiha..mekasih ya..kita orang terengganu, tapi lama sangat dah tak masak kuih ni..bukan apa takut terlembik ke, terkeras ke..tu cari resepi kat FP..maaf ye madiha, akak copy and paste je resepi kat sini..sebab baru nak buat, tak ada gambar sendiri..
daripada mamawandiha.fotopages.com
TEPUNG KAPUR
Bahan2
500 gm tepung gandum
1 s/k rata kapur makan - dibancuh dengan 1/2 cwn air
1 1/4 cawan gula merah - dimasak dengan 2 cawan air dan ditapis, biarkan suam.
2 cawan air biasa
(jumlah air yg digunakan ialah 4 1/2 cawan kesemuanya)
1/2 biji kelapa parut digaul dengan sedikit garam
Cara membuat
1. Panaskan periuk kukusan
2. Masukkan tepung ke dalam mangkuk.
3. Campurkan air biasa ke dalam air gula merah tadi supaya air gula merah menjadi sejuk sedikit.
4. Tuangkan air gula merah ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil digaul rata. Masukkan air kapur dan kacau rata
5. Adunan agak berketul2 tapi tak mengapa teruskan menggaul. Cara mudah utk menggaul ialah dgn menggunakan tangan agar mudah kita memecahkan ketulan2 tepung. Jika tak mahu.. masih boleh gunakan senduk tetapi adunan hendaklah ditapis sebelum dikukus.
6. Tuangkan adunan yg telah rata ke dalam loyang dan kukuslah sehingga masak lebih kurang 45 minit.
7. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong nipis2 dan digaul dengan kelapa sebelum menghidang
guru oh guru
ahh..susahnya belajar tanpa guru..kata orang belajar tanpa guru itu bertemankan syaitan..aku pernah terbaca, tapi lupa di mana..
kasut kulit selipar jepun
salam sahabat se blog...entri pertama, aku namakan kasut kulit selipar jepun..dua alas kaki yang berbeza darjatnya..kasut kulit semua orang tau harganya dan gunanya...tak payah aku cerita...aku suka kasut kulit...aku pakai kasut berjenama, walaupun aku tak kaya mana..aku pentingkan keselesaan..kata orang alah membeli menang memakai...tak apelah...tapi selipar jepun pun walaupun murah namun besar jasanya....aku guna selipar jepun dalam tandas..dalam rumah pun aku guna untuk selamatkan kakiku daripada kotor..aku guna dari muka pintu tandas ke muka pintu bilik solat..aku guna di dapur untuk elakkan kakiku basah..aku guna di halaman rumah masa bersih halaman..sungguh selesa. besar jasanya selipar jepun padaku..maklumlah..aku orang kampung..orang teranung kite...kampungku terletak dalam daerah yang terkenal dengan jolokan bandar di bawah tasik..daerah yang aman dan tenang..
ahh...susahnya belajar tanpa guru..kata orang belajar tanpa guru bertemankan syaitan..aku pernah terbaca, tapi lupa di mana..
Subscribe to:
Posts (Atom)