Friday, March 14, 2008

RESEPI SUP AYAM ALA THAI

BY PUTEH SEROJA
Berkenan pulak baca rcp cikgu Puteh..ampoon..akak copy n paste ..tepek kat sini..

Bahan A
rebus ayam sampai pecah minyak bersama dengan serai sebatang

Bahan B
-panaskan sedikit minyak dalam kuali
-tumis buah pelaga, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih
-tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia (hingga garing)

-angkat bahan B dan tapiskan minyak

*masukkan dalam Bahan B ke dalam Bahan A

-potong halus cili padi masukkan dalam sup
-potong tomato masukkan dalam sup
-tumbuk lada hitam dan lada putih (lada sulah) dan masukkan ke dalam sup
-masukkan garam secukup rasa
-masukkan satu camca kecil gula untuk menyeimbangkan rasa
-perah limau kasturi/nipis sebiji
-hiaskan dengan daun bawang, daun sup, bawang goreng

jeng... jeng.. jeng...dah siap.. sup ayam ala thai!

Info tambahan-
Resepi kali ini adalah ciptaan saya sendiri, saya menggabungkan resepi kawan saya, resepi masakan yang saya rasa di kedai dan resepi mak saya.
-pertama, saya merebus ayam hingga keluar pati ayam, saya belajar dari sahabat saya orang utara.
-kedua, saya memasukkan cili padi, saya mendapat idea dari sebuah kedai nasi ayam yang sangat sedap berhampiran UIA Gombak.
-ketiga, saya tumis berasingan bawang dan segala macam rempah, saya dapat idea dari ibu saya, namanya tumis darat (dalam istilah masakan).

p/s- sup ni agak pedas, masam dan lemak


selamat mencuba!

Mee Kari

Jalan-jalan cari resepi terjumpa rcp yang dipostkan oleh EMMA..aku pun copy n paste je..bukan ape..bila nak cuba nanti senang nak cari..

Resepi asal dari http://hanieliza.fotopages.com.
sememangnya terangkat, teringat mee kari kat pasar malam Jitra, kalau ada kerang lagi bertambah Umphhhhh!!!!

MEE KARI

Bahan
1 kg mee kuning [celur dan toskan]
Taugeh [buangkan kaki/akarnya]
Bawang goreng

Bahan Hiris/potong kecil
Tahu [gorengkan]
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Limau kasturi/limau nipis

Bahan Kuah:
1/2 kg ayam...potong kecil
200 gm udang
1 paket chicken ball
1 paket fish cake [potong nipis]
2 s/b cili mesin
3 s/b rempah kari dibancuh dgn skit air asam jawa
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
minyak
garam


Bahan mesin
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih

Cara Memasak Kuah:
1. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan ayam.. fish cake..dan chicken ball dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.

Selamat mencuba
Emma

Mee Bandung

sumber: BOB
Jul 28, '07 2:32 AM
for everyone

Category: Other
Style: Other
Special Consideration: Quick and Easy

Description:
Sedap kalo reti masak... hehe...selamat mencuba..

Ingredients:
1 kg mee atau & 10 ekor sotong (dipotong)
200 gm udang kering & ½ kg udang besar
3 camca besar cili boh atau cili serbuk
1 biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (diperah ambil santannya) 10 ulas bawang merah atau 5 labu bawang besar
4 ulas bawang putih & 5 sm halia
¼ kg sawi & 10 biji telur
Sedikit garam, daun bawang

Directions:
Bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering dimesin hingga halus. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dimesin bersama cili boh hingga naik baunya. Masukkan sedikit air dan santan. Bila mendidih, masukkan sotong, udang dan garam. Sawi dan mee dicelur berasingan. Telur digoreng mata kerbau. Hidangkan bersama bawang goreng dan daun bawang.

3 jenis resepi kek coklat

Semasa berkunjung ke blog sahabat-sahabat..aku terjumpa resepi kek coklat..aku copy n paste je kat sini..kepada tuan punya rcp(tak ingat rcp saperr)..ya ampoooon...

1.Kek Coklat

Bahan2nya :
230gm Superfine floor
300gm gula castor
225gm mentega
225ml air sejuk
35gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh Nescafe
1/4 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji telur

Cara2nya :

Ayak tepung, serbuk koko baking powder, bicarbonate of soda, garam dan Nescafe.

Pukul mentega, gula dan esen vanilla hingga putih. Masukkan kuning telur.

Masukkan tepung berselang-seli dengan air.

Pukul putih telur di dalam bekas yang berasingan hingga putih kembang dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.

Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris. Bakar pada suhu 180' selama 30 minit atau sehingga masak.

Bahan2 untuk topping :
35gm serbuk koko
200gm gula caster
1 sudu teh esen vanilla
50gm tepung jagung
225ml susu
175ml air
1/2 sudu teh garam
2 biji kuning telur
100gm mentega
1 sudu teh nescafe

Cara2nya :
Campurkan semua bahan kecuali mentega. Masak dengan double boil dan kemudian barulah dimasukkan mentega. Tuangkan dan penuhkan keseluruhannya ke atas kek.

cara lain untuk topping : wipping cream + coklat masakan + butter...Masak wipping cream sampai mendidih kemudian baru masuk coklat masak diikuti butter...
------------------------------------------------------------------------------------

2.Chocolate Sour Cream Cake


Bahan-bahannya
1 3/4 cawan all purpose flour
1 3/4 cawan gula castor
3/4 cawan Hershey's cocoa powder
1 1/2 teaspoon baking soda
1 sudu tea baking powder
1 teaspoon garam
2/3 cawan butter,
16 ozs dairy sour cream
2 biji telor
1 teaspoon vanilla essence
Fudge frosting untuk hiasan (resipi dibawah)

Peraturannya:
Panaskan oven, sediakan loyang 13 x 9 x 2 inch.
Ayak tepung, dan satukan dengan coco powder, baking soda, baking powder dan garam.
Pukul butter dan gula hingga putih dan kembang masukkan telur dan pukul lagi, kemudian masukkan sour cream dan esen vanilla kacau hingga sebati dan gaul dengan bahan-bahan kering. Tuang adunan di loyang dan bakar hingga masak selama 40 min - 1 jam. Biarkan kek sejuk dahulu baru dihiaskan kek dengan fudge frosting.

Fudge Frosting:
3 sudu makan butter
1/3 cawan Hershey Coco powder
1 1/3 cawan gula powder
2 - 3 sudu makan susu
1/2 sudu teh vanilla

Cairkan butter di atas api yang perlahan, masukkan coco dan kacau terus hingga mendidih dan angkat. Tuangkan adunan ke dalam mangkok dan biarkan sejuk. Setelah sejuk masukkan gula powder berselang seli dengan susu dan pukul hingga lembut dan masukkan vanilla. Menghasilkan satu cawan frosting

-------------------------------------------------------------------------------------
3. RICH CHOCOLATE MOIST CAKE

6 oz butter (170.1gm)
14 oz gula castor (396.9 gm)
3 biji telur ayam

BAHAN2 INI DIBANCUH BERSAMA:
1 sudu teh NESCAFE
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate EMULCO


BAHAN2 INI DI AYAK BERSAMA:
8 oz tepung HIGH PROTEIN (226 gm)
2 1/4 oz serbuk koko (63.8 gm)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder

7 oz air sejuk - air dlm peti ais


CARA MEMBUATNYA:
1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
5. Masukkan air sejuk sambil di gaul perlahan2.
6. Bakar dalam loyang 9" persegi dengan suhu 170C selama 50-60 minit.

UNTUK LEBIH MOIST - SILA KUKUS SAHAJA DAN TUTUP LOYANG DENGAN FOIL

BAHAN2 ICING:
1 tin susu pekat
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam

CARA MEMBUAT ICING:
1. Campurkan susu, koko dan minyak.
2. Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat.
3. Masukkan garam dan vanila.
4. Tuangkan ke atas kek rata2

memagar diri dan rumah

Aku copy n paste..tapi dah lupa..ya ampun kepada yang menurunkan ilmu ini..tak salahkan menyebarkan ilmu yang baik..

Ilmu memagar diri dan rumah

Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.

1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4)Ulangi perbuatan yang ke 3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna.

5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang
5 minute sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa. Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan(dengan keizinan allah)..

penawar resahku..



buah hatiku yang lahir dengan beratnya hanya 1.76kg..sekarang dah tembam sikit..gambar ni kena ambik masa dia tidur..kalau tak, takleh nak snap..

Tuesday, March 11, 2008

melayu

Melayu...



Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu

Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di Pusat Serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food, kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan tauhu

Boleh tak jumpa mereka dikedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ

Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu

Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuhkan sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu

Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
tapi sebenarnya apakah yang kita tahu,
cuma dibaca bila takut atau nak halau hantu
Ohhoohohoh... sinis.. sangat sinis!

sumber: PUTEH SEROJA