Thursday, January 31, 2008

CUCUR PISANG ISTIMEWA

ni pulak aku tepek resepi Puan Puti Mazura


CUCUR PISANG ISTIMEWA
(Puti Mazura Binti Mashudi)

Bahan-bahan serta caranya :

2 mangkuk pisang ( pisang asam ) yang sudah dikupas, buangkan urat dan
lenyek sehingga lembik.
Masukkan 2-3 senduk gula merah dan lenyek & gaul rata.
Masukkan sebiji telur ayam ( yang dipukul kembang jika tak pakai
bicarbonate soda ), gaul rata.
Secubit bicarbonate soda , setengah cawan susu penuh krim dan
semangkuk tepung gandum + secubit garam. Gaul semua rata rata.
Set aside.


Panaskan kuali, masukkan minyak yang banyak. Panaskan.
Api mesti sederhana. Masukkan daun pandan yang telah disimpul
dan bila dah agak garing, keluarkan. Boleh mula gorengkan
jemput-jemput. Either guna hujung jari ataupun dua sudu kecil.
Goreng terendam sehingga agak garing, balik-balikkan. Boleh angkat
dan serve.

P/S : Ttakde bicarbonate soda pun takpe tapi nanti tak gebu,
lembik je. Itu yang orang panggil cekodok penyek.
Alternatively, you boleh guna self raising flour ataupun you pukul
telur ayam hingga kembang sebelum masukkan dalan adunan.
Susu penuh krim tu fresh milk yang tak di skim kan. Susu ideal pun
boleh. Susu tepung anak pun boleh. Mangkuk yang digunakan
( utk sukat pisang dan tepung ) apa apa mangkuk pun boleh tapi
kena sama. Kalau mangkuknya besar, mungkin kena adjust gula,
susu, garam. Bolehlah guna mangkuk nasi cina tu. Tapi ratio tepung
dengan pisang mesti 1:2.

Boleh, memang boleh guna susu ideal/HL. About the gula, you can
use senduk nasi. ( satu senduk nasi lebih kurang 3 sudu makan kot ).
Adjust ikut suka ye. Satu lagi petua, boleh guna gula pasir tapi
kurangkan sikit dan tambahkan 1 sudu makan kicap manis, jangan
letak garam. Betul ni, tak tipu. In fact kalau nak masak pengat,
guna gula pasir + kicap manis.

The food taklah banyak kolestrol. Yang banyak kalori in the
form of sugar. Kekadang I buat letak gula sikit aje. Anggaran satu
senduk. Tapi it actually depends on how ranum the pisang are.
Memang dia sepatutnya rangup di luar and cair di dalam.
Kalau you rasa tak suka "cair" sangat, you can use susu tepung
instead of susu cair. Sebenarnya the same adunan boleh digunakan
untuk buat banana pancake ( kalau tak suka minyak banyak ).
Caranya, panaskan non-stick pan, lengserkan dengan butter
( keluarkan lebihan butter ), masukkan 2 sudu besar adunan dan
ratakan, bila sebelah bawah dah masak, terbalikkan and masak the
other side. Keluarkan and hidangkan panas-panaskan. Kalau nak
lagi menggemukkan ( which is usually delicious ) makan dengan
kuah custard. Bagus untuk breakfast bersama suami atau isteri tercinta

Banana Walnut Cake

ini dari mana yek..lupa

Banana Walnut Cake

180g butter
170g castor sugar (boleh kurangkan klu tak nak manis)
1tsp vanilla essence
3 eggs
240g (peeled weight) ripe bananas, mashed


Sift
180g self-raising flour
3/4 tsp baking powder
1/4 tsp salt


Combine

60ml UHT fresh milk
1 tbsp lemon juice


40g walnuts, coarsely chopped
20g sultanas ( anak2 tak suka zai ubah letak choc. chip)


Grease sides and line a loaf tin with greased baking paper.
Preheat oven to 190C.
Cream butter, sugar and essence until light ang fluffy.
Then beat in eggs, one at a time, beating well after each addition.
Stir in mashed bananas to mix. Fold in sifted dry ingredients.
Add in combined milk and lemon
juice mixture, and stir in walnuts and sultanas to mix.
Pour into prepared pan. Bake in preheated oven at 190C for 20 min
then reduce temperature to 170C and continue bake for 20-25 min until
cooked through when tested with wooden skewer.

--------------------------------------------------------------------------------

Originated : Amy Beh
Diperolihi dari resipidotnet@yahoogroups.com

Banana Cheese Muffins

ini pulak dari mama aida..

Banana Cheese Muffins

100g butter
75g Philadelphia cream cheese (at room temp)
75g soft brown sugar
11/2 tbsp golden syrup
1 large egg
1/2 tsp vanilla essence
200g self-raising flour
1tsp baking powder
2 tbsp whipping cream
150g ripe bananas (preferably pisang emas), mashed
1 tsp lime juice

Line muffin pan with paper muffin cups. Preheat oven to 200C.

Cream butter, cream cheese,brown sugar and golden syrup
unti light. Add in egg and essence.
Sift in self-raising flour and baking powder, and mix on low speed.
Add in whipping cream, bananas and lime juice to mix.

Fill muffin cups to two-thirds full. Baked in preheated oven for
20-30 min. or untill risen and golden brown.
Posted by Mama Aida

Banana Balls aka Jemput jemput Pisang

ini resepi dari FP kak liza...kak liza maaf ya..saya tepek je rcp kak liza kat sini..bukan apa..cuma senang nak cari bila nak buat nanti...

Banana Balls aka Jemput jemput Pisang


JEMPUT-JEMPUT PISANG

Bahan
10 biji pisang berangan/emas [hancurkan]
1 s/b gula
1 s/b susu tepung atau susu segar
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung naik sendiri
minyak untuk menggoreng

Cara
1. Campurkan semua bahan dan gaulkan rata.
2. Panaskan minyak.
3. Jemputkan kecil2 dan goreng sehingga kuning keemasan atau agak garing.
Jangan selalu kacau gorengan..nanti ia kemek...tak bulat..

Mufin Pisang n BENGKANG PISANG

ini lagi..........

sumber; sifu chef norzailina nordin dalam sj masakan alaf21

1..Mufin Pisang


Mufin kadangkala keras kerana ia dikacau terlalu lama. Jika adunan sedikit berketul, tak apa (macam cekodok). Kacau satu hala saja dan sebaik-baiknya kacau dengan tangan (kecuali proses pertama memukul gula dengan mentega).

Mufin Pisang
150 ml minyak
150 ml susu segar
150 ml gula kastor
100 g telur
250 g tepung gandum
15 g serbuk penaik
80 g pisang ranum, dilecek

Campur 4 bahan pertama hingga sebati.
Masukkan tepung dan serbuk penaik yg telah diayak.
Bubuh pisang, kacau. Isikan ke dlm cawan kertas yg diletak dlm tin mufin. Bakar pada 190 C selama 20 min.


2..BENGKANG PISANG
400 g pisang berangan/emas/rastali
50 g gula merah } dimasak & ditapis
100 ml air }
80 g gula pasir
100 ml santan – dari 1/4 biji kelapa
½ camt garam
110 g tepung gandum
1 biji telur

Cara membuatnya:
1. Lecek pisang hingga hancur. Campurkan dengan air gula merah, gula, santan, garam, tepung gandum dan telur.
2. Ratakan adunan ke dalam loyang 20 cm yang dilengser minyak.
3. Kukus selama 20-25 minit atau hingga masak.

BANANA & CHOC-CIP MUFFIN

setelah puas jalan-jalan, inilah yang aku dapat..terima kasih daun keladi..

sumber; che mat gebu.
che mat..maaf ya..akak copy n paste je kat sini..tak edit pun.

BANANA & CHOC-CIP MUFFIN
Malam tadi sebelum masuk beradu, sempat jalan2 ke blog "Ujen", nampak banana & choc-cip muffin kat sana, terus teringat ada pisang masak, jadi hari ni mat pun cuba lah buat, memang sedap, lembut dan tak manis sangat. Mat cuma buat 1/2 dari adunan asal dan menghasilkan kurang lebih 12 - 13 biji bergantung pada saiz muffin cup masing2...

Bahan A :-)
2 cawan tepung gandum*
1 camca besar baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam (mat tak letak)*(*digauk rata dan ayak)
3/4 cawan chocolate chip

Bahan B :-)
300 g pisang yang siap dilecek
113 g mentega, dicairkan
1/4 cawan susu segar
2 biji telur gred A
1/2 cawan gula perang (brown sugar)
1 camca teh esen vanilla

Cara membuatnya :-)
• Panaskan oven pada suhu 175C. Alas muffin mould dengan paper cup. Ketepikan.
• Satukan bahan2 A dalam satu bekas. Gaul rata. Ketepikan sebentar;
• Satukan semua bahan B dan kacau dengan wisk hingga semua sebati dan bergaul mesra.
• Tuang ke dalam adunan A dan gaul dengan pantas menggunakan senduk atau spatula. Sudukan 3/4 penuh adunan ke dalam peper cup tadi dan bakar 15 - 20 minit atau hingga masak. Begantung pada keadaan oven masing2.
• Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan. Selamat mencuba!!!
Posted by Mat Gebu

pisang

esok hari minggu bagi terengganu...kat umah aku ada pisang..nak masak apa erk..jemput-jemput pisang ke, mufin pisang..jom merayau umah kengkawan....